Drama Artificial City Lakonan Park Soo Ae (2021). Hai semua, hari ini aku nak kongsikan sebuah lagi drama baru yang akan mula ditayangkan pada 8 Disember 2021 ini. Pelakon utama dalam drama ini adalah Park Soo Ae. Kalau korang perasaan banyak drama-drama yang berjaya adalah hasil lakonan park soo ae. jadi drama ini juga antara drama tumpuan pelakon ini. Jadi jom kita baca info maklumat drama artificial city ini dibawah.


Drama Artificial City Lakonan Park Soo Ae (2021)


Kalau korang terlepas pandang, aku dah update mengenai sinopsis drama when floweers blom think of moon yang dilakonkan oleh hye ri tau. ahli kumpulan girls' day. cepat tau pi baca sinopsis tu, sebab drama tu dah nak keluar juga.


Sinopsis Drama Artificial City Lakonan Park Soo Ae (2021)

Bagi yang nak tahu kesudahan drama baru ini, jom baca sinopsis drama artificial city ini di bawah. Drama menarik ini mengisahkan tentang muzium seni milik Sung Jin Group, sebuah konglomerat utama yang memegang tampuk dunia politik dan kewangan di Korea Selatan.

Drama adalah thriller misteri psikologi tentang perkara yang hilang apabila manusia menjadi tamak dan bercita-cita tinggi untuk kuasa.

Yoon Jae Hee ialah ketua Yayasan Kebudayaan Sung Jin dan bertanggungjawab ke atas operasi di "Space Jin," muzium seni yang dimiliki oleh Sung Jin Group. 

Dia juga menantu kedua dalam keluarga yang mengawal Kumpulan Sung Jin. Percaya bahawa kemiskinan menghakis cinta dan pendapatan yang stabil membawa kepada kehidupan yang stabil.

Jadi dia memilih untuk membuang kekasih lamanya dan melangsungkan perkahwinan yang selesa dengan Jung Joon Hyuk, anak luar nikah Sung Jin Group. 

Untuk menjadikan suaminya presiden negara, dia bekerjasama dengan Ketua Pendakwa Raya masa depan dan berperang melawan Kumpulan Sung Jin.

Jung Joon Hyuk ialah suami Yoon Jae Hee. Walaupun dia seorang anchorman yang popular dengan kelab peminatnya sendiri, dia menyembunyikan kompleks rendah diri kerana dilabel "anak luar nikah Kumpulan Sung Jin" sepanjang hidupnya. 

Dia mentertawakan kedua-dua orang yang bercita-cita tinggi dan mereka yang berpura-pura tidak mempunyai cita-cita walaupun dia menunggu hari apabila dia boleh merebut tampuk kuasa.

Untuk lebih memahami, aku ringkaskan sedikit sinopsis drama ni ya.

Yoon Jae-Hee ialah menantu kedua keluarga chaebol yang mengendalikan Kumpulan Sungjin. Dia bekerja di galeri seni Space Jin. 

Pada masa lalu, dia mempunyai teman lelaki yang dia dating selama bertahun-tahun, tetapi dia membuangnya untuk berkahwin dengan Jung Joon-Hyeok. Jung Joon-Hyeok dilahirkan di luar nikah dalam keluarga chaebol.

Yoon Jae-Hee mahu menjadikan suaminya sebagai presiden Korea Selatan. Untuk itu, dia bekerjasama dengan ketua pendakwa raya seterusnya dan dia memulakan perang terhadap mertuanya.

itulah serba sedikit jalan cerita drama artificial city ini.

Senarai Pelakon Drama Artificial City Lakonan Park Soo Ae (2021)

Drama menarik ini diarahkan oleh Jun Chang Geun dan skripnya diarahkan oleh Son Se Dong. 

Untuk para pelakon pula kita mulakan dengan pelakon pembantu dulu ya. Mereka terdiri daripada Kim Young Jae, Kim Joo Ryoung dan Kim Ji Hyun.

Selain itu, kita juga ada pelakon seperti Pelakon veteran song young chang, lee seo an dan lee choong joo.

Kita juga ada pelakon Jeong Hee Tae, Jung Hae Kyun, Baek Ji Won dan juga pelakon Seo Jae Hee.

Tambahan pula, pelakon pembantu seterusnya adalah pelakon nam ki ae, park ji il dan seo woo jin yang merupakan pelakon kanak-kanak.

Seterusnya, pelakon nam moon chul, pelakon yeom dong hun dan lee gyu hyun.

Yang terakhir kita juga ada pelakon nam myung ryul, park myung shin dan hwang sun hee.

Sekarang ini kita tengok pula siapa pelakon utama dalam drama artificial city ini. mereka adalah Park Soo Ae, Kim Jang Woo, Kim Mi Sook , Lee Yi Dam dan juga Lee Hak Joo.


Watak dalam Drama Artificial City Lakonan Park Soo Ae (2021)


Untuk pembahagian watak pula, pelakon park soo ae membawa watak sebagai yoon jae hee. Dia ni merupakan menantu kedua keluarga Sung Jin dan dipertanggungjawab ke atas muzium seni Kumpulan Sungjin 'Space Jin' 

Kemudian pelakon Kim Kang Woo pula membawa watak sebagai jung joon hyuk. Dia ni pula merupakan abang kepada Jung Joon-il dan merupakan Suami Yoon Jae-hee. Pada masa yang sama, dia anak luar nikah Sungjin Group dan merupakan anchorman popular JBC dengan kelab peminatnya sendiri. 

seterusnya pelakon kim mi sook sebagai seo han suk. Dia merupakan ibu kepada Jung Joon-il, pengerusi Yayasan Kebudayaan Sungjin.

Kemudian pelakon lee yi dam pula sebagai kim lee seol. Dia merupakan cikgu atau penjaga 'Space Jin', galeri seni Kumpulan Sungjin, dikendalikan oleh Yoon Jae-hee. 

Setersunya pelakon lee hak joo sebagai han dong min. Wartawan berita JBC

Untuk pelakon pembantu ni sebab ramai sangat, aku pilih beberapa sahaja tau untuk kongsikan watak-watak mereka.

Kita mula kan dengan pelakon kim  young jae sebagai jung joon il. Naib pengerusi Kumpulan Sungjin dan anak sulung keluarga Sungjin. 

Kemudian pelakon kim joo ryoung sebagai go seon mi. Pelakon Kim Ji Hyun pula sebagai lee joon yeon. Pelakon song young chang pula sebagai jung pil dan pelakon lee seo an sebagai jung eun jung.

Kita juga ada pelakon seperti lee choong joo yang membawa watak sebagai park jung ho dan seterusnya pelakon kanak-kanak seo woo jin sebagai jung hyun woo.

itu sahaja perkongsian aku mengenai watak-watak dalam drama ini ya. 


Info Drama

Drama Artificial City ini mempunyai 20 Episod sahaja dan akan mula ditayangkan pada 8 Disember 2021 sehingga 10 Febuari 2022. Drama ini juga diterbitkan oleh JTBC Network dan akan ditayangkan pada setiap hari Rabu dan Khamis tau.

Durasi drama ini hanya 1 jam 10 minit sahaja dan rating drama ini adalah 15 tahun keatas sahaja. Untuk genre drama ini pula terdiri daripada Thriller, Mystery, psychological dan drama itu sendiri.

Pada Disember 2020, Studio Santa Claus Entertainment yang merupakan agen Soo Ae mengumumkan bahawa dia ditawarkan untuk muncul di Artificial City. 

Dia muncul dalam drama selepas siri 2016 Sweet Stranger and Me. 

Selepas itu, pada 6 Januari 2021, King Entertainment mengumumkan bahawa Kim Kang-woo, ditawarkan watak utama untuk siri ini. Penampilan terakhirnya ialah dalam Wanita 9.9 Bilion pada 2019.

Rakaman utama untuk drama ini telah selesai pada 29 Mac 2021. Mereka mula bacaan skrip pertama pada 3 November 2021.

Penutup

Akhir sekali, aku harap drama artificial city akan memberi sedikit kelainan memandang ramai pelakon-pelakon hebat membintangi drama ini.

Ditambah pula kehebatan dan kepopularitian Park Soo Ae dalam dunia  drama ini akan menjadi ia sebagai salah satu karya lakonannya yang perlu di tonton.

Tak sabar pula nak tunggu bermulanya drama ini. Korang jang lupa untuk tonton drama artificial city ini tau!

Sekian.

Post a Comment

Previous Post Next Post