Sinopsis 7 Hari Mencintaiku 3. Hai semua, sapa peminat drama Malaysia yang hit dan popular iaitu 7 Hari Mencintaiku ? ni nak bagitahu yang 7 hari mencintaiku 3 bakal ditayangkan tidak lama lagi dan pengambaran sedang dijalankan. Korang mesti tak sabarkan nak tengok drama ini kan, jadi Una nak share kat ampa mengenai sinopsis 7 hari mencintaiku 3 untuk ampa.
Penghujung
tahun 2016 drama 7 Hari Mencintaiku ditayangkan si slot Akasia TV3 dengan
menampilkan Siti Saleha dan Shukri Yahaya sebagai tunggak utama.
Drama 7 Hari
Mencintaiku ini berjaya mendapat tontonan terbanyak di Malaysia sebanyak 12
juta tontonan.
Selepas
mendapat sambutan yang sangat tinggi, tahun 2020 drama 7 Hari Mencintaiku 2
ditayangkan dan sekali lagi drama ini mendapat jumlah tontonan yang tinggi.
Drama yang dibintangi oleh pelakon hebat Malaysia Syukri Yahaya, Siti Saleha, Wan Sharmila , Syazwan Zulkifli , Mak Leha dan ramai lagi.
Watak baru dalam drama ini akan dibawa oleh pelakon berbakat iaitu Reen Rahim dan korang mesti nak taw kan watak dia sebagai apa, kena tunggu beberapa hari ja lagi.
Tahun 2020
ini drama 7 hari mencintaiku 3 bakal disiarkan , bagaimana jalan cerita dan
bila ditayangkan korang baca dibawah ok.
PROFIL
DRAMA 7 HARI MENCINTAIKU 3~~
Drama 7
Hari Mencintaiku 3 masih kekal ditayangkan di slot Akasia TV3 sama seperti
musim-musim yang lalu.
Untuk 7
Hari Mencintaiku 3 ini bakal ditayangkan pada bulan Ramadhan ini dan mempunyai
keseluruhan 35 episod.
Hari dan
masa tayangan drama 7 hari mencintaiku 3 ini adalah pada setiap hari Isnin
sehingga Jumaat pada jam 7 malam.
Pengarah
drama ini adalah Jamal Khan yang juga pengarah hebat musim lepas ,skrip drama
ini juga masih ditulis oleh Siti Rosmizah.
Produksi
yang terlibat untuk drama 7 hari mencintaiku 3 ini adalah SR One Sdn Bhd yang
dimiliki oleh Siti Rosmizah sendiri.
Tarikh yang
official drama ini ditayangkan akan dikemaskini kemudian.
PELAKON-PELAKON
DRAMA 7 HARI MENCINTAIKU 3~~
Drama ini
masih mengekalkan tunggak utama drama ini iaitu Shukri Yahaya sebagai Khuzairi
manakala watak Mia Adriana masih dibawa oleh Siti Saleha.
Musim yang
lepas watak scene stealer adalah Sofi dan Helmi yang dimainkan oleh Wan
Sharmila dan Syazwan Zulkifly , musim 3 ini masih mereka.
Keempat-empat
mereka ini merupakan penyebab orang ingin melihat drama ini , disamping itu
watak Mak Leha juga menjadi tumpuan , masih dibawa oleh Liza Abdullah.
Watak Pak Samad
juga masih dibawa oleh Kazar Saisi manakala watak Nad dan Zaidi juga dibawa
oleh Jaja Iliyes dan Bil Azali.
Untuk musim
3, watak baru yang muncul adalah Fatin Husna yang dibawa oleh Reen Rahim, watak
Syakila musim 1 dan 2 masih dikekalkan untuk musim ke3 ini , dibawa oleh Faye Kusairi.
Watak baru
yang muncul adalah Taufik, apakah perwatakannya akan diketahui , watak taufik
ini dibawa oleh PU Azman.
SINOPSIS
DRAMA 7 HARI MENCINTAIKU 3~~
Selepas
ending 7 hari mencintaiku 2 yang happy apabila Mia Adriana kembali bersama
Khuzairi dan dikurniakan cahaya mata yang comel dan cantik-cantik.
Sofi dan
Helmi juga baru menimbang cahaya mata yang dinanti-nantikan namun adakah musim
ini mereka berbahagia ? adakah impian mereka melihat anak mereka membesar elok
menjadi?
Khuzairi
dan Mia Adriana sentiasa bahagia , adakah orang ketiga akan muncul ? atau orang
keempat atau haters mereka?
Jangan lupa
saksikan drama 7 Hari Mencintaiku 3 ini di TV3 jam 7 malam pada bulan Ramadan ini
setiap isnin sehingga jumaat.
INFO
MENARIK DRAMA 7 HARI MENCINTAIKU 3~~
Untuk info
korang, drama 7 Hari Mencintaiku 3 kali ini banyak dibintangi oleh muka baru
dan popular yang kita jarang lihat mereka berlakon.
Antara
artis yang bakal muncul di dalam drama ini adalah Ezad Lazim dan Azza Elite,
kedua-dua mereka akan membawa watak Husin dan Kak Piah.
Apa
hubungan mereka dengan Mia , Khuzairi , Sofi , Helmi atau Mak Leha? mesti
tertanya-tanyakan , kena tengok nanti.
Pelakon
legend Wan Maimunah turut berlakon di dalam drama ini sebagai watak Che Putih
manakala Mak Wan yang suka melatah juga akan membintangi drama ini sebagai Mak
Limah.
Watak Dr
Adam dan Nurul Ain yang dari musim lepas juga masih dikekalkan, adakah mereka
akan kembali menyakitkan hati kita lagi , haha annoyingkan dua-dua watak ini.
AKHIR
KATA~
Drama 7
Hari Mencintaiku 3 sedang menjalani pengambaran so kalau korang nak tengok
spoiler drama ini boleh tengok instagram pelakon-pelakon drama ini.
Jangan lupa
tengok drama 7 hari mencintaiku 3 pada bulan Ramadan ini , teruskan support
drama melayu.
Selamat
maju jaya 7 hari mencintaiku 3~
Post a Comment