Review Drama 7 Hari Mencintaiku 3 Episod 14. Drama melayu yang mendapat rating yang sangat tinggi sedang ditayangkan untuk musim ketiga. Setiap musim pastinya akan membuatkan penonton setia drama ini tidak ketinggalan menonton drama ini. Musim 3 7 Hari Mencintaiku ini lebih mencabar dan bermain dengan penuh emosi penonton dengan kehadiran watak baru seperti Fatin Husna. Jadi mari kita tengok review drama 7 hari mencintaiku 3 episod 13.

Review Drama 7 Hari Mencintaiku 3 Episod 13


Hari ini drama 7 hari mencintaiku 3 memasuki episod 13 dan sudah memasuki setengah part 1 keseluruhan episod iaitu 35.

Peminat setia drama ini yang ingin mengenali dengan lebih mendalam Mak Leha , Mia Adriana, Khuzairi , Sofi , Helmi , Nadia dan Zaidi boleh tekan nama mereka.

Yang tak puas hati dengan watak jahat dalam drama ini pun boleh baca dan kenal-kenal musuh kita haha iaitu Nurul dan Fatin Husna

Episod hari ini merupakan episod yang berikutnya setelah semalam ada plot twist yang kita tidak jangkakan.

Plot yang mana kita tidak jangkakan langsung di mana Fatin Husna merupakan isteri orang tapi perangai macam anak dara gitu.

Ditambah pulark konflik yang semakin menjadi-jadi antara Sofi dan Helmi serta Nad yang sentiasa menyakitkan hati kita kan.

REVIEW DARI PENONTON MENGENAI EPISOD 13 ~~

Episod 13 hari ini ramai yang memberi komen yang mereka sangat stress kerana pelbagai emosi dan pergaduhan antara pasangan yang annoyingkan mereka.

Antara komen penonton pada episod hari ini adalah "Hai bebudak ni, cukup la aku stress & keje memaki je tengok #7harimencintaiku3, jgn lah kau tambah dosa aku lagi nirrojimmm. Mlm 7 likur ni makin rancak korang membedil eyh. Main mercun pop sudah la yihhhhhhh."

"PENAT LA HARI2 SAKIT HATI TGK"

"Dari episode first smpai sekarang, masalah baruu semuaaa nak munculll"

"Aku stress tau tgk drama melayu sekarang ni ada je watak2 meminta ayat2 tk indah dari aku tp tulah aku tgk jugak smpi habis"

Melihat komen dari penonton kita dapat simpulkan yang episod hari memang bagi stresskan kepala kita , mana tidaknya setiap episod ada je konflik.

Selain konflik pada episod hari ini , penuh juga dengan suspen sebab tak tahu apa yang jadi dekat Irfan anak Sofi dan Helmi, akibat leka sekejap sahaja Irfan jatuh. huhu.

Komen penonton mengenai Sofi Helmi dan Irfan adalah  " yang put faith dekat Helmi yang dia takkan buat Sofi nangis lagi, are you guys okay after today’s episode?"

"Mana lah Sofi tak terkilan, bapak sendiri cuai jaga anak. Sofi tu waktu nak dapat anak punya susah, bila dah dapat anak, macam ni jadinya. Mana lah dia tk kecewa."

Ramai kecewa dengan Helmi kan, Sofi nak lepas anak dia sat pon susah sekali tinggal dah jadi lagu ini.

Episod hari ini juga kita boleh tengok yang Nad menambahkan lagi berbakul-bakul kemarahan orang terhadap beliau, cepat sungguh dia fikir kan.

Kira menjadi la noh lakonan Jaja Iliyes ini sebab orang marah sungguh dengan karakter Nad ini padahal drama je pon termasuk kite pon marah haha.

TENGOK DRAMA 7 HARI MENCINTAIKU 3 EPISOD 13 ~~

Sapa yang terlepas tengok episod sedih plus episod geram nak mampus ini boleh tengok dekat sini >> 7 hari mencintaiku 3 episod 13

Hampa jangan stress noh , nak raya dah anggap je korang tengok drama lakonan je ni walaupun susah kan, ending mesti happy, happy ke haha

Teruskan menonton ye drama ini , kalau korang nak share pandangan korang mengenai episod ni boleh komen dibawah.

Selamat menonton.


















Post a Comment

Previous Post Next Post