Review Drama 7 Hari Mencintaiku 3 Episod 28. Drama TV3 Slot Akasia yang sedang ditayangkan iaitu 7 hari mencintaiku 3. Drama yang bertemakan keluarga dan menceritakan tentang kehidupan realiti sesebuah keluarga dan realiti kehidupan yang penuh dengan cabaran. Hari ini kita nak kongsi dekat ampa review drama 7 hari mencintaiku 3 episod 27.

Review Drama 7 Hari Mencintaiku 3 Episod 27

Drama 7 hari mencintaiku 3 yang mengisahkan tentang keluarga Pak samad dan Mak Leha serta anak menantu mereka.

Anak sulung mereka berdua adalah Khuzairi dan menantu mereka adalah Mia adriana dan memiliki 3 orang anak.

Anak kedua adalah Helmi dan menantunya Sofi yang baru kehilangan anak mereka , yang terakhir adalah Nadia dan suaminya Zaidi.

Setiap hari mereka mempunyai konflik kekeluargaan dan ditambah dengan orang luar yang amat membenci dan dengki akan keluarga mereka.

Episod 27 hari ini teramatlah annoying sebab tak tahu depa semua dok cakap pasai sapa , geram pon ada jugak dari awal episod sampai habis dok sebut "dia" saja tapi tak sebut nama.

Memang kasi kita suspen ja pastu dekat nak abis bagi lagi suspen khuzairi nak bertanggungjawab , dah kenapa kan. 

Una rasa yang bagi Nurul Ain mengandung ni mesti Burhan ni tapi depa edit macam Pak Samad , sangat yakin Pak Samad tak kan buat benda ni.

Cik Ina dengan Piah berbincang macam pertempuran orang-orang jahat sedunia , dua-dua benci dengan keluarga pak samad, dengki la tuh.

Part Mak Zaidi dengan Nadia sekali lagi boleh buat orang tumpah air mata taw, kenapa kejam sangat Nadia ni kan , memang nak kena penampaq Helmi ni dia.

Ampa yang mana nak taw pasai nurul , fatin dengan syakila boleh tengok dekat sini >> SyakilaNurul dan Fatin Husna dan ni mesti ramai peminat Taufik

Musim ini ramai yang minat gila dengan Taufik dan Fatin Husna disebabkan karakter mereka yang kelakar dan adlib -adlib mereka yang menjadi.

Seperti biasa Nurul Ain pada musim ini sekali lagi menjadi yang paling dibenci dek kerana perangai acah-acah baik.

Musim ini watak baru yang turut dibenci kerana mulut yang annoying dan suka memecahkan belahkan keluara Pak Samad.

Nampak sangat yang beliau hendak balas dendam dekat keluarga Mak Leha dan ampa boleh tengok yang dia acah-acah baik juga.

REVIEW DARI PENONTON MENGENAI EPISOD 27 ~~

Episod hari ini mesti semua orang macam orang gila kan dok fikir sapa yang bagi Nurul mengandung, komen rini antaranya 

"Pd pndapat sy la ya tuan puan skalian, si nurul ngandungkan anak borhan kot😏 aritu kan borhan ada nk marah si nurul sbb apa tah lupa. So tah2 borhan dh pekena nurul smpai ngandung🙊 jd si nurul ni cari la pak sanggup lain antara Ri or pakSamad, done palatao"

"Maybe Pak Samad kena jebak. Jika pun Nurul pregnant, itu mesti anak Burhan. Burhan yang nak plan kenakan Mia, malah Nurul yang kena. And rahasia tuh, Munah yang tahu, itu sebabnya Munah kena pukul, untung tak mati, sebagai kunci di episode berikutnya"

"OMG! adakah Pak Samad yg buat Nurul mengandung then Khuzairi sbg anak demi nak jaga maruah keluarga & Mia nak jaga hati Mak Leha sanggup izinkan Khuzairi kahwin dengan Nurul? OMG! Seriously Pak Samad??? "

"Dah agak dah nurul ain lah yang terpaling jahat dan setan dlm cite ni"

"NURUL MENGANDUNG??? Gaya Fatin bercakap dgn Mia seolah-olah nak kata itu anak Khuzairi, betul ke?
Dalam cerita ni kan, watak jahat membiak macam tikus 😭 Yang disangka dah berubah, yang disangka baik hati, rupanya jahanam!"

"Sapeee siakkk pregnant kan nurul ni?! Khuzairi tu pehal nak bertanggungjawab nak kahwin dgn nurul pulak?! Sakit nya hatii"

"aku harap sangat mak leha jambak tudung nurul, terimekasih😊 "

"i know bukan pak samad yang buat, nurul tu mmg jahat die akan sanggup buat ape saje untuk rampas khuzairi sebab tu die bedekat dekat dgn pak samad dulu, sebab die tau mia akan buat hal macam tu "

"Apalah bongok sangat anak menantu Pak Samad ni, seorg doktor, seorg lawyer tapi percaya mcm tu je kata si nurul tu!! Apakah susah sangat buat jelah DNA test wahai manusia bijak pandaiiiiiiiiiiii eiiiii geram akuuuuuuu  "

"perkembangan kecil watak fatin pada ep terbaru omg saya tahu saya boleh mempercayainya kerana saya tidak pernah membencinya sejak dia mula-mula muncul pada musim ini 😜"

"OMG! adakah Pak Samad yg buat Nurul mengandung then Khuzairi sbg anak demi nak jaga maruah keluarga & Mia nak jaga hati Mak Leha sanggup izinkan Khuzairi kahwin dengan Nurul?

 OMG! Seriously Pak Samad??"

"i rase start eps harini fatin akan tolong mia dia akan support mia and i hope fatin boleh tolong pupuskn nurul setan ni"

"No wait kita mesti ada hukum betul tak..? If tu anak pak samad bukan ke anak tu dh jadi adik khuzairi?! Takkan la khuzairi pulak kena kahwin dengan nurul?? 

Apa status anak tu nanti dekat khuzairi and keluarga dorang..!?!!! Macam bodoh je cerita "

Dah banyak episod tapi episod hari ini yang buatkan ramai penonton komen panjang berjela sebab dok fikir sapa yang bagi mengandung nurul.

Ramai dah boleh agak yang Nurul ini paling jahat nak fitnah Pak Samad , rasanya dia nak Khuzairi bertanggungjawab kot , punya nak dekat laki orang.

Hmm ingatkan Fatin yang jahat tapi yang pendiam dan ayu tulah yang duri dalam daging , harap janganlah percaya bulat-bulat dekat si Nurul ni.

Episod esok mesti akan ada pergaduhan besar-besar punya , takut tapi tak sabar nak tengok .

TENGOK DRAMA 7 HARI MENCINTAIKU 3 EPISOD 27 ~~

Hari ni mari tengok drama 7 hari mencintaiku 3 sambil berteka teki siapakah orang tu , tengok dekat sini >>> 7 HARI MENCINTAIKU 3 EPISOD 27

Jangan skip taw tengok episod ni , mana ada taw korang jumpa hint sapa yang depa dok tengah cakap.

Eh lupa rini Sofi dah mula baik-baik dengan Helmi , sweet la depa dua tapi macam biasa Ila masuk ja terus spoil.

Harap Sofi dengan Helmi berbaik cepat sikit, teruskan menonton yer ampa semua , rajin-rajin la komen pendapat ampa tentang drama ini.

Ka kalau ampa nak suruh tambah apa-apa ka boleh komen dekat bawah , nak tambah apa-apa pon boleh.


Post a Comment

Previous Post Next Post