Review Drama 7 Hari Mencintaiku 3 Episod 20. Drama yang menampilkan Siti Saleha dan Shukri Yahaya sebagai tunggak utama di dalam 7 hari mencintaiku 3. Untuk musim ini berlainan dari musim sebelum ini apabila Reen Rahim , Pu Azman dan Ezad Lazim turut membintangi drama hebat ini. Mari kita baca review drama 7 hari mencintaiku 3 episod 19. 

Review Drama 7 Hari Mencintaiku 3 Episod 19


Episod 19 hari ini kalau nak review boleh dikatakan agak slow berbanding episod sebelum ini cuma part-part akhir je.

Hari ini kita banyak lihat Nurul yang masih nak berbaik dengan Mak Leha walaupun Mak Leha tak mau dekat dia. 

Kadang nampak macam Nurul Ain ni macam ada agenda tersirat je kan , harap betul lah firasat Mak Leha ni , dengan Pak Samad pon nak ke ?.

Episod hari ini ada banyak scene-scene yang kelakar terutama masa Fatin Husna dengan Taufik , serius kelakar cara depa dua cakap masa dekat restoran.

Part yang paling tak best adalah masa Taufik sembang dengan Khuzairi tu , gila ke ape suruh Khuzairi kahwin dengan Fatin kalau jadi apa2 ka dia , org dah ada isteri lah.

Sebelum baca komen dari penonton mengenai episod hari ini ampa baca lah mengenai pelakon ini  Syukri YahayaSiti SalehaWan Sharmila , Syazwan Zulkifli , Mak LehaBil Azali dan Jaja Iliyes..

REVIEW DARI PENONTON MENGENAI EPISOD 19 ~~

Disebabkan episod hari ini tak berat sangat jom kita baca komen dan review dari penonton setia drama ini , antara komen mereka "Apa ni Taufiq minta khuzairi khawin Fatin dah takde benda lain ke"

"Kau merepek apa Taufiq?", "Dear Taufiq, boleh tak suruh Zaidi je yg kawin dngn Patin tu instead of Khuzairi"

"Apa ni Taufiq...nak suruh Ri kawin dngn Patin pulak????? "

"Ya Allah apa pasal pulak dengan taufiq ni😥 permintaan tu Tak masuk akal la😔"

Rata - rata komen dan review adalah geram dengan Taufik ni , permintaan yang tidak -tidak ya punya banyak lagi laki single kan, macam mana ek episod esok.

Banyak komen lain adalah mengenai "ila xtahu malu, kan helmi dah ckp dia anggap kau sbgi adik je."

"ila ini aku rasa dia ini sakit jiwa ini. Dia lupa mkn ubat tu sbbtu dia gilakan helmi tu"

"Ila ni orang tak nak , nak paksa paksa pula.mulut 2kali 5 dengan Nadia "

"Nak tau tak jenis perempuan muka tembok dan x malu,haaa tgkla ila ni"

Hubungan Helmi dengan Sofi pon masih tak baik lagi lepas anak depa meninggal si Ila ni dok jadi batu api pulark.

Kecian juga kan dekat depa dua terutama Sofi sebab terlampau baik dan sopan kena pula hadap si Ila ini , harap Helmi tak makan la hasutan si Ila ini.

Tengok episod esok pula macam mana hubungan Sofi dan Helmi , harap ada la scene depa yang baik dan sweet2.

TENGOK DRAMA 7 HARI MENCINTAIKU 3 EPISOD 19 ~~s

Sekejap je kan hari ini dah masuk episod ke 19 drama ini sapa yang terlepas boleh tengok dekat sini >> 7 hari mencintaiku 3 EPS 19

Untuk yang tak tengok episod hari ini ampa tak yah risau episod hari ini tak da bagi ampa stress sangat cuma ada dua tiga scene ja.

Yang mana nak komen mengenai drama ini boleh komen dekat bawah , tak yah segan ^ ^.



Post a Comment

Previous Post Next Post