Review Drama Bisik - Bisik Gelora Episod 18. Drama terbaru di slot Akasia kini berada di pertengahan episod iaitu bisik-bisik gelora. Drama yang menggantikan drama 7 hari mencintaiku 3 ini adalah drama yang diterajui oleh pelakon sama cantik dan padan iaitu Redza Rosli dan Raysha Rizrose. Mesti korang nak taw kan apa komen penonton untuk episod hari , jadi jom baca review drama bisik-bisik gelora episod 18.

Review Drama Bisik - Bisik Gelora Episod 18


Drama yang mengisahkan tentang dua orang Jad Izzudin dan Arumi yang mencintai satu sama lain namun pelbagai dugaan yang mereka hadapi untuk mempertahankan keluarga mereka.

Untuk hari ini drama bisik-bisik gelora masuk ke episod yang 18, episod hari ini di awalnya sangat sweet sebab Jad pujuk Arumi dengan coklat gituu kan.

Lepas tu mai pelik dengan perangai Wari , dia punya fanatik dengan Arumi tu macam tak boleh belah ja  tapi dia handsome haha

Sapa yang geram macam kita part akhir episod hari ini , kita geng mari kena kutuk ramai-ramai sebab tetiba ja lagu muncul , kata drama tapi macam musik video dah.

Kalau jujur lagi part pakai deodorant tu macam buat-buat je , nampak macam iklan kot , tak nampak real kan .

Baca komen dan review dari penonton drama ini dekat bawah.


REVIEW DRAMA BISIK BISIK GELORA EPISOD 18 ~~

Episod hari ni kan agak-agak apa komen dan review dari penonton drama ini , antara komennya adalah "Mulut manis je ni 😂😂🤣 fikiran Jad sukar diramal 😆"

"Nak pi solat pun sweet sweet la Jad same Arumi"

"Jad nampak tegas & garang di luar tapi dalam hati ada taman woo 😆😍"

"Bersemut episod mlam ini , kita pun terikut senyum2 sendiri 🥰🥰 "

"Mencintai awak tidak pernah menjadi pilihan. Ia adalah satu kemestian." (ni Redza Rosli Komen;))

"Kau suka aku tak? Pergh.... Jad.. Baru lah jantan!"

"makin lama makin annoying lah wari ni aduhai"

"Semua nak tahu yer Mr Psycho ni.. 
Tp watak si Wari ni berkembang jd jahat or mmg x berkembang? 🤔🤔🤔"

"Takkan marah sebab sama date dengan kematian mak bapak dia?? Errrr pelik² je Arumi dengan Jad ni"

"Arumi marah tiba2 tadi mesti sebab teringat semua  kenangan pahit yg berlaku tiba2 masa kahwin dulu kan? 🥺"

"Haishhhh apa jadi sbnrnya ni? Still tk blh adapt what happen to arumi "

"Tak sabar nak tau knapa arumi tiber2 marahkan jad pleaseee tell us why 😅 "

TONTON DRAMA BISIK-BISIK GELORA  EPISOD 18~~

Sapa yang nak tengok sweet gula-gula episod hari ini boleh tengok dekat sini >> BISIK BISIK GELORA EPISOD 17 FULL

Episod esok macam mana ye agaknya , macam pelik ja ending episod hari ini , sapa yang edit drama ini ek? geram kita..

Esok jangan lupa kasi trending lagi drama ini dan buat yang baru tengok drama ini selamat menonton~~

Post a Comment

Previous Post Next Post