Sinopsis Four Hands, Two Sonatas Lakonan Song Kang dan Lee Jun Young. Drama yang dinanti-nantikan akhirnya kembali , drama Four Hands, Two Sonatas lakonan Song Kang , Lee Jun Young dan Jang Gyu Ri.
Drama ini special buat peminat pelakon popular Song Kang kerana ia adalah drama kemunculan semula setelah tamat latihan ketenteraan Oktober 2025.
Bertemakan cinta muzikal , drama ini mengisahkan tentang sekumpulan remaja genius di sebuah sekolah tinggi seni yang hebat.
SINOPSIS FOUR HANDS, TWO SONATAS (2026)~~
Drama tentang kisah persahabatan, cinta, persaingan dan perkembangan anak muda yang bertemu di Sekolah Menengah Seni Korea dimana sekolah yang dipenuhi dengan pelajar yang sangat berbakat dalam bidang muzik.
Kang Bi O (Song Kang) merupakan seorang pelajar di Sekolah Menengah Seni Korea , dia belajar piano dengan bakat yang luar biasa. Dia seorang perfeksionis dan tidak pernah terlepas tempat pertama dalam akademik dan muzik. Dia mempunyai bakat semula jadi dan dorongan dalaman yang kuat. Dia dianggap sebagai pemenang masa depan dan berkemungkinan akan menyapu bersih 3 pertandingan piano teratas dunia. Dia tiba-tiba berhadapan dengan pesaingnya Choi Jeong-Yo (Lee Jun-Young) dan kehidupan muziknya goyah.
Choi Jeong-Yo ialah seorang special piano. Dia hidup dengan mata tertutup terhadap bakatnya, disebabkan oleh keadaan peribadinya yang malang. Dia muncul di Sekolah Menengah Seni Korea. Di sana, dia kebetulan bertemu Kang Bi-O, yang memikatnya dahulu kala.
Sementara itu, Hong Jae-In (Jang Gyu-Ri) pula adalah seorang pemain biola yang mempunyai pendengaran sensitif dan dia telah menjadi kawan rapat dengan Kang Bi-O, yang telah memuaskan pendengarannya yang tajam dengan muziknya.
PROFIL DRAMA FOUR HANDS, TWO SONATAS (2026)~
Drama ini bakal ditayangkan di saluran popular Netflix dan di saluran TvN pada 29 August ini dan episod akhir adalah pada 4 Oktober ini.
Jumlah keseluruhan episod drama ini adalah 12 episod , ditayangkan pada setiap hari Sabtu dan Ahad , jam 9 malam.
Post a Comment