Sinopsis Summer Strike Lakonan Seolhyun dan Im Si Wan. Drama yang menampilkan visual cantik dan kacak dari tunggak utama Seolhyun dan Im Si Wan akan menemui penonton tidak lama lagi. Summer Strike atau  I Don't Want To Do Anything merupakan tajuk drama Korea terbaru 2022. Jom ramai-ramai baca sinopsis summer strike lakonan seolhyun dan im si wan.

Sinopsis Summer Strike Lakonan Seolhyun dan Im Si Wan


Seolhyun yang terkenal dengan visual cantik dan merupakan bekas ahli kumpulan idola wanita AOA kembali menemui penonton dengan drama terbaru sebagai watak utama.

Im Si Wan yang juga merupakan bekas ahli kumpulan idola ZE:A juga akan menunjukkan bakat lakonan beliau di dalam drama Summer Strike ini.

Gandingan mereka berdua ini digelar 'visual couple' dan ramai peminat tidak sabar untuk melihat keserasian di antara dua bintang penyanyi ini. 

SINOPSIS SUMMMER STRIKE / SINOPSIS I DON'T WANT TO DO ANYTHING (2022)

Menceritakan mengenai Lee Yeo-Reum (Seol Hyun) dibuang oleh teman lelakinya dan, tidak lama kemudian, ibunya meninggal dunia dalam kemalangan. 

Dia melalui salah satu saat terburuk dalam hidupnya , Lee Yeo-Reum kemudiannya membuat keputusan untuk menjalani kehidupan yang berbeza daripada sebelumnya dan tidak melakukan apa-apa. 

Dia berhenti kerja dan berpindah ke sebuah kampung kecil, di mana segala-galanya pelik baginya dan di sana, dia bertemu dengan penduduk, termasuk An Dae-Beom (Im Si-Wan), 

dan mengenali mereka. Dae-Beom bekerja sebagai pustakawan. Dia jarang bercakap dengan orang, tetapi, apabila dia bercakap, dia bercakap dengan gagap. 

Entah bagaimana dia berasa selesa dan gembira bersama Lee Yeo-Reum dan sepanjang masa ini, Lee Yeo-Reum juga mengetahui siapa dirinya sebenarnya.


PROFIL DRAMA SUMMER STRIKE~~

Drama Summer Strike merupakan drama yang akan ditayangkan di saluran  ENA, Genie TV, Seezn bermula 21 November 2022 ini.

Summer Strike memiliki keseluruhan 12 episod dan akan ditayangkan pada setiap hari Isnin dan Selasa Jam 9:20 malam.

Summer Strike merupakan drama yang diadaptasi dari web komik bertajuk Amugeotdo Hago Sibji Adda yang dikeluarkan pada awal tahun 2022.

Jangan lupa taw tarikh tayangan perdana drama ini semua , selamat menonton semua ~~

Post a Comment

Previous Post Next Post