Keputusan Penuh Markah Minggu 8 Gegar Vaganza 9, Berlaku Kejutan Minggu Ini.  Minggu ke 8 Gegar Vaganza 9 berlangsung dengan jayanya pada malam Ahad yang lalu. Sepanjang berlangsung ada beberapa kejutan yang berlaku yang menggembirakan ramai peminat. Sebelum itu , jom tengok keputusan penuh markah minggu 8 gegar vaganza 9.

Keputusan Penuh Markah Minggu 8 Gegar Vaganza 9, Berlaku Kejutan Minggu Ini


Malam Ahad yang lalu , kesemua peserta diberikan tugas membuat persembahan dengan tema You like, I like, hampir semua mendapat pujian dari para juri.

Tempat pertama pada minggu 8 ini adalah Jaclyn Victor yang berjaya membuat persembahan lagu Lelaki Ini dengan begitu baik sekali, beliau mendapat markah 85% dari juri.

Kumpulan VE memberi kejutan dengan mendapat tempat kedua pada minggu 8 , persembahan mereka dengan lagu Rozana membolehkan mereka mendapat markah 80.40%.

Tomok masih di keudukan sama dengan minggu lepas dengan mendapat tempat ketiga dan mendapat markah keseluruhan 79%.

Untuk tempat ke 4 pula diduki oleh Hazrul Nizam yang menunjukkan peningkatan pada  minggu ke 8 ini dengan markah 73.40%.

Sementara itu Bob Yusuf yang menjadi juara minggu lepas mendapat tempat ke 5 dengan jumlah markah 72.90%.

Shila Amzah yang menyampaikan lagu Coba dari Faizal Tahir minggu ini mendapat markah 71.20% sementara Fuad Rahman berada di tempat ke 7 dengan markah 69.80%.

Bottom 2 untuk minggu ini adalah Asheed Def Gab C dengan markah 63.20% dan Dina Nadzir pula mendapat markah 60.60%.

Kejutan yang berlaku pada minngu ke 8 adalah tiada penyingkiran untuk malam itu , Dina Nadzir yang berada dikedudukan terakhir selamat dari tersingkir.

Tidak hanya ada satu kejutan namun dua kejutan Gegar Vaganza 9 apabila mengumumkan seminggu ditambah dan menjadikan Gegar Vaganza 9 kali ini menjadi 11 minggu.

Final Gegar Vaganza 9 yang sepatutnya berlangsung pada 20 11 2022 namun kerana ditambah seminggu ia akan berlangsung pada 27 11 2022.

Kejutan ini pastinya menggembirakan peminat kerana masih berpeluang untuk melihat persembahan peserta kegemaran mereka seminggu lagi.

So korang teruskan support bintang peserta kegemaran korang dengan memberi semangat ok.

Post a Comment

Previous Post Next Post