Sinopsis Positively Yours Lakonan Choi Jin Hyuk dan Oh Yeon Seo. Drama gandingan popular terbaru adalah drama Positively Yours yang watak utama drama ini adalah Choi Jin Hyuk dan Oh Yeon Seo.

Sinopsis Positively Yours Lakonan Choi Jin Hyuk dan Oh Yeon Seo


Gandingan Choi Jin Hyuk dan Oh Yeon Seo antara penyumbang menjadikan drama ini ditunggu-tunggu peminat drama Korea.

Drama Positively Yours mempunyai 12 episod dan ditayangkan di saluran Channel A bermula 17 january sehingga 22 february ini.

SINOPSIS POSITIVELY YOURS (2026)~~

Drama ini mengisahkan tentang Kang Du-Jun (Choi Jin Hyuk) adalah anak kepada keluarga chaebol.

Dia kelihatan sempurna dari hujung rambut hingga hujung kaki. Selepas kematian abang sulungnya, dia memutuskan untuk tidak berkahwin dan hidup untuk keluarganya dan syarikat mereka. 

Pada suatu hari, dia bertemu Jang Hee-Won (Oh Yeon-Seo) dan mereka menjalinkan hubungan satu malam. 

Jang Hee-Won ialah seorang wanita bujang, yang hanya berminat dengan kerjanya dan wanita itu langsung tidak berminat untuk menjalinkan hubungan romantik. 

Dia memutuskan untuk tidak berkahwin kerana ibu bapanya bercerai, tetapi dia menghadapi perubahan besar dalam hidupnya selepas hubungan satu malamnya dengan Kang Du-Jun.

Post a Comment

Previous Post Next Post