Biodata Ammar Peserta Talk To My Manager. Memasuki minggu ke 6 rancangan Talk To My Manager, rata-rata peserta mula menampakkan kehebatan masing-masing , salah seorang darinya adalah Ammar,mari kita baca dan kenali biodata Ammar.

Biodata Ammar Peserta Talk To My Manager


Ammar merupakan salah seorang peserta yang jarang mendapat kedudukan di bottom 3 dan bijak dalam membuat pemilihan lagu persembahan setiap minggu.

BIODATA AMMAR TALK TO MY MANAGER (2025)~~

Nama penuh beliau adalah Wan Ammar Haikal Wan Aminuddin lahir pada 23 Oktober 2007 , beliau menggunakan nama stage sebagai Ammar.

Ammar merupakan anak kepada penyanyi lagenda Malaysia Ameng Spring (Wan Aminuddin bin Wan Ismail) bersama Sabariah Zakariah.

Beliau mempunyai dua orang kakak tiri iaitu Wan Az Aleesa dan Wan Az Evanatassha yang masing-masing berusia 29 tahun dan 24 tahun.

Pada minggu ke 5 Talk To My Manager Ammar berjaya mendapat tempat 3 dengan persembahan lagu Kembali Merindu dari Slam.

Korang boleh vote untuk Gempak Most Valuable Manager di astro gempak untuk support Ammar dan managernya Ameng Spring.

Untuk sesiapa yang nak tahu aktiviti harian Ammar boleh follow official media sosial beliau di >> @Ammar (TIKTOK) dan @Ammar (INSTAGRAM)

Teruskan support Ammar di Talk To My Manager , tinggal berbaki 1 minggu sebelum final Talk To My Manager.



Post a Comment

Previous Post Next Post