Fakta Drama 28 Hari Mencari Cinta, drama ini sedang hangat ditayangkan di saluran TV3 Malaysia. Drama ini menyaksikan gandingan dua pelakon hebat iaitu Aiman Hakim Ridza dan juga Hannah Delisha tau. Lama tak tengok Hannah dan Aiman berlakon kan. Drama menarik ini telah mula ditayangkan sejak 23 Disember 2021 yang lalu.macam mana agaknya jalan cerita drama ni kan. Jom sekarang kita baca Fakta Drama 28 Hari Mencari Cinta yang aku kumpul dari bacaan aku ya.  


Fakta Drama 28 Hari Mencari Cinta


Sebelum ini aku ada kongsikan berkenaan drama shadow beauty tapi drama ni drama korealah yer. last aku share pasal drama melayu rasanya pasal chiretera yang ditayangkan di tv 9. kalau korang rajin pergilah layan cerita tu. 

sekarang jom kita fokus balik berkenaan drama 28 hari mencari cinta. agak-agaknya drama ini mengisahkan pasal apa yer? jom sambung! 

Fakta Drama 28 Hari Mencari Cinta

Kita mulakan dengan jumlah episod drama ini yang hanya mempunyai 15 episod keseluruhannya dan ia ditayangkan pada setiap hari rabu hingga sabtu pada jam 9 malam tau.

Drama lakonan Aiman hakim ini juga di arahkan oleh Ng Ken Kin untuk produksi Orangetree Production Sdn Bhd tau. 

Skripnya pula di tulis oleh Anina Sahal, Mia Marziah Manaf dan juga Norsyiella Annuar. Seperti biasa cerita ini akan ditayangkan untuk slot lestari tv3. 

Selain Aiman Hakim dan Hannah Delisha, pelakon drama 28 hari mencari cinta ini terdiri daripada Muaz Fitri, Elly Arifin dan Ameerul Asyraf.

Selain itu, kita juga ada pelakon Fiza Thomas, Aleza Shadan, Rahim Jailani dan Aishah Atan,. Ditambah pula dengan pelakon-pelakon lain seperti Azman Jantan, Khaty Azian dan Roy Azman menjadi drama ini makin menarik dan sukar ketinggalan dalam menonton setiap episod tau.

Info Watak Pelakon drama 28 Hari Mencari Cinta.

Dalam cerita ini, pelakon  Aiman Hakim Ridza melakonkan watak sebagai Faisal. Dia mempunyai cita-cita untuk menjadi penyampai radio. Oleh sebab itulah dia ada podcast dia sendiri demi mencapai target dan cita-citanya itu.

Manakala pelakon Hannah Delisha pula sebagai Saleha. Dia ni pula merupakan anak kepada seorang pemilik syarikat. Namun begitu, dia tidak begitu berminat dengan syarikat ayahnya itu sebaliknya dia bekerja dengan syarikat yang lain.

Seterusnya, pelakon Muaz Fitri sebagai Nasir dan pelakon Elly Arifin pula membawa watak sebagai Airin.

Dalam cerita ini juga pelakon hebat seperti Ameerul Asyraf memainkan peranan sebagai Danial dan turut di bantu oleh pelakon Fiza Thomas yang melakonkan watak sebagai Intan. 

Pelakon berpengalaman Aleza Shadan menjadi watak sebagai Puan Maria dan pelakon Rahim Jailani pula sebagai Encik Rahmat

Pelakon dan pelawak serba boleh iaitu Roy Azman pula sebagai Encik Malik dan  Aishah Atan sebagai Fauziah.

Akhir sekali, pelakon Azman Jantan sebagai Fuad dan Khaty Azian sebagai Asmira. Kesemua mereka ini mempunyai peranan mereka tersendiri untuk dilakonkan agar drama ini berjalan dengan lebih baik dan menarik.

Oh ya! Sedikit maklumat mengenai lagu tema drama 28 hari mencari cinta ini iaitu lagu Graviti yang di nyanyikanoleh Amir Mirza tau. Liriknya pula dituliis oleh Iqie Hugh, John Jeeves dan Omar K. 

Untuk komposer pula masih sama dengan penulis lirik iaitu Iqie Hugh, John Jeeves dan Omar K. patutlah lagu dia sedap gila. sesuai untuk dijadikan OST drama tau.

Bagaimana pula dengan jalan cerita dan sinopsis drama 28 hari mencari cinta ni? ada dekat bawah ni jawapnnya ya!



Sinopsis 28 Hari Mencari Cinta

Yeah! aku tau korang nak baca sinopsis drama 28 hari mencari cinta kan. Baiklah jom kita mula! Drama ini mengisahkan mengenai seorang lelaki bernama Faisal. 

Dia mempunyai podcast sendiri dan bercita-cita ingin melebarkan sayapnya ke luar negara bagi menguji kebolehannya sebagai penyampai radio. 

Bagi Faisal, apa yang dicari adalah kebahagiaan dan kejayaan dalam hidupnya. 

Namun, satu perkara yang Faisal tidak boleh lupakan ialah cinta pertamanya dengan Saleha yang mempunyai ciri-ciri gadis yang diinginkan. 

Faisal tidak tahu kenapa mereka berpisah secara tiba-tiba. Saleha telah meninggalkan dia tanpa sebab dan tidak dapat dijejaki sehingga kini.

Siapa pula si Saleha tu? 

Saleha ni pula seorang anak orang kaya dan bapanya mempunyai syarikatnya sendiri. Tapi pemikiran si saleha ni lain pula, dia sanggup jadi perancang kewangan di syarikat swasta yang lain berbanding bekerja di bawah ayahnya. 

Saleha suka sangat berdikari dan tidak mahu mengharapkan kesenangan hidup yang diberikan oleh ayahnya. Saleha bertunang dengan Danial  atas kehendak Encik Rahmat. 

Saleha tidak menyukai sikap Danial yang suka berfoya-foya tetapi Encik Rahmat sering memuji Danial yang menjadi harapannya untuk terus memacukan perniagaannya ke peringkat global. 

Saleha tidak sampai hati untuk memberitahu keadaan sebenar yang bakal menghampakan ayahnya.

Dalam keadaan itu, Saleha masih teringat pada Faisal yang merupakan cinta pertamanya. Saleha sentiasa menganggap si faisal itu sebagai seorang lelaki dungu yang selalu membuat kesilapan malah sering kali mengulanginya. 

Lelaki itu jugalah telah mengunci hatinya untuk mencintai dan mengharapkan agar satu hari nanti takdir akan menemukan mereka berdua.

Podcast Faisal yang diberikan nama Love Barista membincangkan tentang kisah cinta, memberi petua untuk mencari cinta dan juga menyelesaikan masalah cinta. 

Podcast Faisal mendapat sambutan ramai sehingga ada kawan-kawan Saleha yang tularkan podcast itu dan ini membuatkan Saleha ingin tahu apa yang menariknya tentang podcast itu.

Takdir menemukan kembali Faisal dan Saleha. Dalam masa yang sama, Faisal mendapat tawaran kerja sebagai DJ di Australia. 

Dia harus berada di sana dalam masa 28 Hari. Di sinilah bermula syarat yang diberikan oleh Saleha kepada Faisal iaitu 28 hari mencari cinta untuk kembali berkasih. 

Faisal perlu mencari kesilapan dia dalam hubungan mereka dulu dan memperbaikinya dalam tempoh 28 hari sahaja. 

Tapi persoalannya sekarang ini macam mana pula dengan si Airin. Dia tu dah lah dok kejar faisal jer. Lepas tu tunang Saleha pula macam mana? tak kan dia tak marah dekat saleha kalau dia tahu saleha cuba balik ke kekasih lamanya itu?

Kalau nak tahu, kenalah tonton drama 28 hari mencari cinta ini di tv 3 tau. 

Kenapa kena tengok cerita ni?

Aku boleh simpulkan drama ni adalah antara drama yang menarik untuk ditonton awal tahun 2022 ni. Gandingan pelakon seperti aiman hakim dan hannah delisha banyak memainkan peranan untuk menjadikan jalan cerita ini menarik.

Kalau belum tengok tu, korang kena mula tengok supaya tak tertinggal kereta api. hehe dapatkah Faisal dan saleha di satukan? atau ada halangan yang perlu mereka tempuhi? 

sama-sama kita nantikan sambungan drama 28 hari mencari cinta ini ya !

Akhir sekali, jangan lupa untuk kongsikan entri ini di sosial media korang yer.

Selamat menonton.

Post a Comment

Previous Post Next Post