Sitcom Cheritera Ditayangkan di TV9. Hai semua! kali ini aku nak kongsikan mengenai sebuah sitcom yang sedang di tayangkan di tv 9 Malaysia. Jarang tau nak ada sitcom-sticom ni. Selalunya kita akan kongsi pasal drama jer kan, takpa kali ini kita kongsikan pasal sitkom pula.  Kalau tengok episod awal ni macam tak berapa best, sebabnya masih terlalu awal rasanya. Tapi aku tak tahu flow dia untuk episod-episod yang akan datang.  Jomlah kita bersembang lagi mengenai sitcom cheritera ini di bawah ya. 

Sitcom Cheritera Ditayangkan di TV9


Sebelum ini aku dah share pasal drama jangan ganggu jodohku yang merupakan sebuah drama seram komedi yang di tayangkan di Astro Ria. Memang ramai yang dah tengok drama tu tau. 

Kalau korang tak tahu apa yang ditayangkan dalam drama lakonan yusuf bahrin dan syaza bae tu, korang boleh tengok di link yang telah aku sediakan tu ya.

Baikla! sekarang ni jom kita baca secara terperinci sedikit mengenai sitcom baru yang bertajuk sitcom cheritera ini. jom sambung baca.

Sitcom Cheritera Ditayangkan di TV9

Secara umumnya, sitcom cheritera ini diadaptasi dari cerita bawang merah bawang putih tau. Mungkin persoalan kita yang nak tahu apa jadi dekat bawang merah dan putih selepas mereka berkahin dengan putera raja tu akan terjawab dalam sitkom ini.

Kiranya sitcom ini menceritakan bagaimana kehidupan bawang merah dan putih di alam moden sekarang ini. Adakah mereka berdua sudah tidak bermusuhan antara satu sama lain? 

Dalam sitkom ini, Bawang Putih sberkahwin Putera Raja iaitu Raja Nazari. Mereka hidup bahagia dengan dikurniakan seorang anak perempuan, Puteri Bella. 

Puteri Bella ini yang sudah meningkat dewasa dan menyambung pelajaran di peringkat pengajian tinggi. 

Perwatakan Puteri Bella yang nakal sangat berbeza dengan ibu bapanya. Di kolej, Puteri Bella telah bertemu dengan Luna. Walaupun Luna tidak buat jahat padanya, Puteri Bella amat membencikan Luna. 

Rupa-rupanya, si Luna ni adalah anak kepada Bawang Merah. Setelah lama menjejaki Bawang Putih, Bawang Merah sengaja mendaftarkan Luna di kolej yang sama dengan Puteri Bella. 

Hasrat Bawang Merah ialah mahu menghuru-harakan kehidupan Puteri Bella. Namun, ia sukar direalisasikan kerana Luna seorang yang sangat baik hati dan tidak bersetuju dengan ibunya yang masih mahu membalas dendam. 

Konflik bertambah selepas kemunculan Hang Zaim dari keturunan Hang Tuah yang telah menaruh hati dengan Luna dan pada masa yang sama Puteri Bella pula bersungguh-sungguh memisahkan hubungan mereka berdua. 

Macam menarik kan cerita ni, korang kenalah tengok sampai habis sitcom cheritera ini tau.

Watak-watak dalam Sitcom Cheritera.

Mungkin ramai yang tak tahu watak-watak yang ada dalam sitkom ini. Kita mulakan dengan pelakon Jabir Meftah yang membawa watak sebagai Hang Zaim. Dia ni keturunan Hang Tuah dan dia juga mempunyai rasa suka dan minat kepada Luna iaitu Anak kepada bawang merah.

Pelakon Shalma Eliana pula membawa watak sebagai Luna / Merah. Dia ini pula merupakan anak kepada bawang merah yang sangat baik. Perwatakannya pula sangat kontra dengan ibu nya si bawang merah itu.

Seterusnya, pelakon Bella Dowanna pula melakonkan watak sebagai Puteri Bella. Dia ini merupakan anak kepada bawang putih. 

Selain itu, kita ada pelakon Saedah Kamaruddin sebagai Puteri Leya dan pelakon Man Belon pula sebagai Prof Matias. Prof matias ni merupakan penyelias kepada pelajar-pelajar di pusat pengajian tinggi tersebut.

Kita juga ada penyanyi Erul Samah sebagai Hang Ming dan pelakon muda seperti Mira Natasha yang membawa watak sebagai Maya

Kita juga ada penyanyi Yamani Abdillah sebagai Badrul dan Ayu sebagai Kasih.

Siapa tidak kenal dengan kisah dongeng bawang merah dan putih. Kisah tentang penderaan ibu tiri terhadap gadis yatim piatu. 

Bagi korang yang nak tahu siapa yang membawa watak sebagai bawang merah dan putih. jom sambung baca ya. 

Pelakon lama, Nina Fazurina yang membawa watak sebagai Bawang Putih. Manakala pelakon Ziema Din pula membawa watak sebagai Bawang Merah

Kita juga ada watak nenek kebayan yang di lakonkan oleh Vanidah Imran. Manakala watak puteri gunung ledang di lakonkan oleh penyanyi dan pelakon terkenal iaitu Ziana Zain tau.

Kalau ada pelakon lama di tambah dalam pelakon baru ni mesti jalan cerita dia bestkan. tak sabar pula nak tengok sampai habis.

setakat aku update entri ni, cerita sitcom baru ni dah ditayangkan sebanyak 2 episod sahaja, tak sabar nak tunggu episod minggu depan macam mana pula kan.

Info Sitcom.

Sitcom ini mempunyai 13 episod sahaja dan setakat 19 Disember 2021, ia baru ditayangkan sebanyak 2 episod. Sitcom ini mula ditayangkan pada 11 Disember yang lalu tau di saluran TV 9.

Waktu tayangan drama ini pula adalah pada setiap hari sabtu jam 8.30 malam tau. Sitcom ini diarahkan oleh Dato' Jurey Latiff Rosli dan skripnya di tulis oleh Adza Irdawati, Adza Emie dan Adza Haiqal tau.

Produksi threefive production pula merupakan syarikat yang menerbitkan sitcom komedi ini.

Antara pelakon lain yang terlibat dalam sitcom ini adalah Jabir Meftah, Shalma Eliana, Bella Dowanna dan  Saedah Kamaruddin.

Selain itu , kita juga ada pelakon dan pelawak Man Belon yang menjadi professor dalam cerita ni. Kita juga ada pelakon lain seperti Erul Samah, Mira Natasha, Yamani Abdillah, Ayu  dan ewan fauzi.

Ditambah pula dengan pelakon lain seperti Syed Norrizman dan Farisha Irish. Kita juga ada pelakon pengalaman seperti Nina Fazurina, Ziema Din dan Vanidah Imran.

Turut dijayakan dengan kehadiran pelakon berpengalaman seperti Ziana Zain, Amir Raja Lawak dan Salman JKKK sangat membantu dalam menjayakan sitcom komedi ini.

Untuk menonton sitcom ini korang boleh tonton secara terus menerusi saluran TV9 ataupun jika korang terlepas episodnya, korang boleh tonton semula di saluran youtube tv 3 tau.

Sangat senang dan mudah untuk korang tengok, tak perlu cari-cari dah lagi kan. hehe. aku rasa setakat ni jer info yang aku dapat berkaitan sitcom cheritera ni.

Kalau ada lebih lagi akan aku kemaskini dari masa ke semasa tau. 

Penutup.

Akhir sekali, kalau korang peminat sitcom atau baru nak belajar apa itu sitcom. aku yakin sitcom ini menarik untuk ditonton. Dalam cerita ini pun sangat banyak pelakon muda dan baru yang ramai followers yang akan menarik minat anda untuk menonton.

sebagai contoh kita ada ziana zain, kita juga ada jabir miftah dan bella doawanah yang mempunyai banyak pengalaman dalam dunia lakonan ini.

Sitcom ini juga sangat santai dan mempunyai jalan cerita yang sangat jelas untuk difahami. anda hanya perlu tonton setiap minggu di saluran tv 9.

jangan lupa kongsikan sekali info berkaitan sitcom cheritera ini di facebook korang tau. jangan  lupa tengok sekali sampai habis tau !

selamat menonton.

Post a Comment

Previous Post Next Post