Drama Why Her Lakonan Hwang In Yeop Dan Seo Hyun Jin. Drama yang dinanti-nantikan akhirnya akan muncul tidak lama lagi. Drama ini menjadi drama yang paling ditunggu-tunggu untuk tahun 2022 kerana dibarisi oleh ramai pelakon-pelakon yang hebat dan popular. Kita akan kongsi dekat ampa mengenai drama why her yang dibintangi oleh hwang in yeop dan seo hyun jin.

Drama Why Her Lakonan Hwang In Yeop Dan Seo Hyun Jin


Why Her adalah drama yang mengetengahkan tentang hubungan cikgu dan anak murid, dan bertemakan romance , drama dan melodrama.

Drama Why Her ini adalah drama mula rakaman pada bulan November tahun lepas , jadi jom kita baca sedikit mengenai drama Why Her ini.

 

PROFILE PENUH DRAMA WHY HER 2022~~

Drama Why Her ini ada dua tajuk , selain why her tajuknya adalah Why Oh Soo Jae? di dalam bahasa korea drama ini bertajuk   오수재인가.

Kedua-dua tajuk ini boleh korang gunakan untuk cari di laman sosial sebab dua-dua boleh guna yer, drama ini bertemakan misteri , melodrama dan romantic.

Drama ini merupakan pertama kali gandingan pelakon senior dan junior yang sangat popular iaitu Seo Hyun Jin dan Hwang In Yeop.

Pengarah drama Why Her ini adalah pengarah hebat iaitu pengarah Park Soo Jin yang mengarahkan drama hit seperti While You Were Sleeping lakonan Lee Jong Suk dan Suzy , Dr Romantic lakonan

Seo Hyun Jin dan Yoo Yeon Seok dan drama berikutnya adalah drama Doctors lakonan Park Shin Hye dan Kim Rae Won, semua drama ini mesti hampa pernah tengok kan.

Manakala penulis drama why her ini adalah penulis yang bernama Kim Ji Eun dan untuk info korang drama ini akan ditayangkan pada 11 March ini sehingga 30 april 2022, ditayangkan di SBS.

Jumlah keseluruhan episode untuk drama Why Her ini adalah 16 episod so korang mesti sempatnya layan.

 

SINOPSIS PENUH DRAMA WHY HER 2022~~

Drama ini mengisahkan tentang Oh Soo-Jae (Seo Hyun-Jin) yang merupakan seorang peguam yang  cukup berbakat sehingga menjadi rakan kongsi termuda di TK Law Firm.

Firma guaman itu sangat terkenal dan  dianggap sebagai yang terbaik di Korea Selatan.

Oh Soo-Jae didorong dengan keinginannya untuk memenangi kes dan juga prinsip dirinya sendiri , oleh itu dia telah menjalani hidupnya untuk mencapai kejayaan,

Namnundia terlibat dalam kes yang tidak dijangka dan dia diturunkan pangkat untuk bekerja sebagai profesor tambahan di sekolah undang-undang.

Di sekolah undang-undang itu, Oh Soo-Jae bertemu Gong Chan (Hwang In-Yeop) yang merupakan seorang pelajar di sana.

Gong Chan telah mengalami masa lalu yang menyakitkan, tetapi dia masih mempunyai hati yang baik .

Dia jatuh cinta dengan Oh Soo-Jae dan dia akan melakukan apa sahaja untuk Oh Soo Jae , setiap hari rasa sayang beliau pada Soo Jae bertambah .

Sementara itu, Choi Tae-Kook (Heo Jun-Ho) ialah pengerusi Firma Guaman TK yang sentiasa kekal dengan Soo Jae.

Dia seorang yang melakukan apa sahaja untuk memuaskan keinginannya, walaupun ia haram atau tidak bermoral.

Mampukah Gong Chan kembalikan kedudukan Oh Soo Jae , dan siapakah yang paling disayangi oleh Soo Jae.

BARISAN PELAKON DRAMA WHY HER 2022~~

Drama Why Her ini drama yang dibintangi oleh Seo Hyun Jin yang sangat popular di Korea , beliau akan membawa watak yang bernama Oh Soo Jae.

Pelakon yang mencipta nama di dalam drama True Beauty akan menjadi watak utama di dalam drama ini Hwang In Yeop akan membawa watak Gong Chan.

Seterusnya adalah juga pelakon yang sedang meningkat naik , Bae In Hyuk yang debut pada tahun 2019 akan membawa watak Choi Yoon Sang.

Pelakon senior , Heo Joon Ho akan membawa watak sebagai Choi Tae Gook yang wataknya adalah pengerusi firma tempat Soo Jae bekerja.

Penyanyi idola yang mula berjinak di dalam lakonan UP10TION Lee Jin Hyuk turut sama membintangi drama ini sebagai Nam Choon Poong.

Pelakon cantik Lee Joo Woo turut berlakon di dalam drama Why Her ini dengan watak yang dibawa beliau adalah Song Mi Rim.

Cha Chung Hwa pelakon yang namanya di merata drama , beliau banyak membintangi drama pada tahun ini , kali ini beliau membawa watak Chae Joon Hee.

Pelakon senior Bae Hae Seon yang banyak melakonkan watak emak2 , drama ini beliau akan membawa watak Ji Soon Ok yang merupakan mak tiri Gong Chan.

Juga pelakon senior Jeon Ji Ki bakal membawa watak yang bernama Ha II Goo manakala pelakon kacak Park Shin Woo akan membawa watak Han Dong Oh.

Pelakon Ji Seung Hyun dan Ji Joo Yeon akan membawa watak yang bernama Choi Joo Wan dan Jung Hee Young, apa pekerjaan watak mereka akan diketahui kemudian.

Pelakon yang dulunya merupakan penyanyi kumpulan wanita popular 4Minute Son Ji Hyun, turut sama membintangi drama ini sebagai Na Se Ryun.

Lee Kyu Sung dan Kim Joong Don turut sama berlakon di dalam drama ini namun watak Lee Kyu Sung masih tidak diketahui manakala watak Joong Don adalah Do Jin Myung.

Watak bapa kepada Gong Chan di dalam drama Why Her ini dibawa oleh pelakon senior Kim Sang Man.

Pelakon Jo Dal Hwan bakal membawa watak Ku Jo Gab yang merupakan kawan sebilik Gong Chan manakala pelakon Kim Jae Hwa akan membawa watak Cho Kang Ja.

HURAIAN PERWATAKAN WATAK-WATAK UTAMA DRAMA WHY HER~~

Untuk yang pertama , watak Oh Soo Jae yang dibawa oleh Seo Hyun Jin , wataknya yang dikuasai oleh kerakusannya untuk berjaya.

Dia  menjadi dingin dan tidak memikirkan penyesalan, dia juga adalah rakan kongsi termuda di firma guaman TK, setanding dengan kebolehannya.

Kehebatan beliau iiktiraf oleh rakan sebayanya, Oh Soo Jae menyalurkan semangat dalamannya untuk membawa orang ramai tunduk padanya dengan sikap mementingkan dirinya sendiri.

 Dia telah berubah ke arah yang lain selepas membuat satu pilihan yang salah yang pada mulanya dia ingat akan membawa kejayaan padanya.

Berikutnya adalah watak Hwang In Yeop yang membawa watak Gong Chan yang merupakan pelajar sekolah undang-undang.

Gong Chan menjadi satu-satunya harapan untuk membawa Oh Soo Jae keluar dari lubang yang dia terjerumus dan jatuh merudum.

Personaliti Gong Chan yang mesra dan empati tetapi pada masa lalu dia laluli jalan yang mempunyai liku dan likunya sendiri.

Dia bertemu dengan Oh Soo Jae sebagai profesor di sekolah undang-undangnya berikutan insiden malang .

Watak seterusnya adalah watak Heo Jun Ho yang membawa Choi Tae Guk, pengerusi firma guaman TK.

Dia terikut dengan keinginannya dan sering kali melintasi garis kebaikan malah kejahatan untuk memenuhinya.

 Dia akan menunjukkan situasi konfrontasi dengan Oh Soo Jae yang tetap setia kepadanya.

 

KOMEN MENGENAI DRAMA WHY HER OH SOO JAE ~~

Banyak komen-komen yang diberikan mengenai drama ini , ada yang positif ada yang negative ada yang membina ada yang tidak.

Antara komennya adalah , ramai tidak sabar melihat lakonan seo hyun jin dengan pelakon yang muda darinya seperti temperature of love bersama yang se jong.

Mereka memberi komen , ok jadi satu lagi kisah cinta noona-dongsaeng selepas seo hyunjin suhu cinta dengan yang se jong, saya pasti akan menonton drama ini ,

Anda berada di tangan yang baik ..kebanyakan rakan kongsi utama utama dengan Seo Hyun Jin adalah hits(rakan kongsi dengan Yang se jong kemudian dalam Suhu cinta) dan banyak lagi

Oleh kerana ini merupakan drama pertama Hwang In Yeop menjadi watak utama, ramai peminat beliau tidak sabar untuk melihat drama ini , mereka mengatakan ,

Akhirnya hwang in-yeop sebagai peneraju utama, sangat gembira untuknya! Malangnya saya tidak akan menontonnya. Hanya dengan membaca sinopsis saya tahu bahawa saya tidak akan berminat.

Tidak sabar untuk melihat bayi lelaki saya Hwang In Yeop,Ia akan menjadi hebat PASTI.

PENUTUP~~

Rakaman drama Why Here ini masih dalam pengambaran namun korang jangan lupa taw 11 march 2022 tarikh tayangan episode pertama.

Drama ini akan ditayangkan di saluran SBS , korang janngan lupa layan taw drama ini , nanti lepas dah layan boleh komen dekat bawah ye.

Bye~~

Post a Comment

Previous Post Next Post