Drama Kill Heel Lakonan Kim Ha Neul. Drama yang bakal menemui peminat drama Korea tidak lama lagi dengan menampilkan tiga tunggak utama perempuan. Kebanyakan drama Korea yang dibintangi oleh perempuan sebagai watak utama pastinya akan mendapat perhatian..  Hari ini kita nak kongsi dekat ampa pasai drama Kill Heel yang dilakonkan oleh Kim Ha Neul.

Drama Kill Heel Lakonan Kim Ha Neul


Drama ini merupakan drama yang diterajui oleh tiga tunggak utama , selain Kim Ha Neul , pelakon cantik Lee Hye Young dan Kim Sung Ryoung turut sama membintangi drama ini.

Kill Heel merupakan drama yang mengetengahkan mengenai kehidupan yang dilalui oleh tiga wanita yang menghadapi kehidupan yang penuh kompetisi.

SINOPSIS DRAMA KILL HEEL 2022~~

mengisahkan tentang  keinginan dan perjuangan yang tidak berkesudahan 3 wanita di UNI Home Shopping.

seorang bernama Woo Hyun (Kim Ha-Neul) yang bekerja sebagai pengacara rancangan membeli-belah di rumah.

Rekodnya sebagai hos rancangan membeli-belah tidak baik atau buruk namun dia bercita-cita untuk menjadi hos rancangan membeli-belah teratas,

namun dia mengalami kejatuhan ke dalam jurang maut. Ini membawanya kepada perubahan.

Seterusnya , Ki Mo-Lan (Lee Hye-Young) yang merupakan  naib presiden UNI Home Shopping.

Dia memulakan kerjayanya sebagai pekerja biasa dan bekerja sehingga ke jawatan eksekutifnya.

Kisah kejayaannya adalah legend kepada orang lain, beliau seorang yang tidak membenarkan kesilapan dan dia tidak menunjukkan apa yang dia fikirkan, tetapi dia mempunyai karisma.

Yang terakhir adalah Bae Ok-Sun (Kim Sung-Ryoung) yang merupakan hos paling top di UNI Home Shopping.

Dia dilahirkan dalam keluarga berada di kedudukan yang tinggi namun dia pemurah kepada orang lain dan dia dihormati oleh pekerja di syarikatnya, tetapi apa yang dia fikirkan adalah terselindung.

Kalau ampa nak taw drama ini berlatarkan perebutan kuasa kompetitif hos beli-belah di rumah TV, tiga hos yang bersaing antara satu sama lain dengan keinginan yang tinggi ,

ketiga-tiga mereka mahu untuk mencapai kejayaan dan mendapatkan kemasyhuran dalam bidang industri.

Sejauh manakah mereka bertiga boleh bertindak ? dan apakah yang mereka pendam di dalam hati mereka?

 

PROFIL PENUH DRAMA KILL HEEL 2022~~

Drama Kill Heel ini adalah drama terbaru yang bakal ditayangkan di saluran tvN yang bakal menggantikan drama “Work Later , Drink Now” yang dilakonkan oleh Eunji, Sunhwa dan Subin.

Kill Heel di dalam tulisan korea adalah 킬힐 , manakala sebutannya sama seperti kita sebutkan.

Drama ini merupakan drama arahan pengarah hebat No Do Cheol yang banyak terlibat dalam pengarahan drama hit seperti Partners for Justice Musim 1 dan 2 , The Emperor: Owner of the Mask,

mother’s garden , twinkle twinkle, general hospital 2 dan banyak lagi , kali ini dengan drama Kill Heel ini ramai menaruhkan harapan tinggi kerana beliau mengarahkan.

Sementara itu, penulis drama Kill Heel pula adalah penulis Shin Kwan Ho dan penulis Lee Chun Woo.

Penulis Shin Kwan Ho merupakan penulis yang menulis drama sent from heaven pada tahun 2012 dan penulis movie white pada 2011 dan petty romance pada 2010.

Drama ini Kill Heel ini merupakan drama yang keseluruhannya mempunyai 16 episod dan bakal ditayangkan pada 23 february ini.

Masa dan hari yang bakal ditayangkan di saluran TvN adalah pada setiap hari Rabu dan Khamis pada jam 10:30 malam.

BARISAN PELAKON MEMBINTANGI DRAMA KILL HEEL 2022~~


Tiga watak utama di dalam drama ini yang pertama adalah Kim Ha Neul yang merupakan pelakon wanita yang cukup hebat berlakon , wataknya di dalam drama ini adalah Woo Hyun.

Pelakon berikutnya adalah Lee Hye Young yang merupakan pelakon wanita yang banyak melakonkan di dalam drama –drama yang hit akan membawa watak Kim Mo Ran.

Seterusnya adalah pelakon Kim Sung Ryung yang pernah membintangi drama hit Heirs akan melakonkan watak sebagai Baek Ok Seon.

Watak pembantu di dalam drama ini adalah yang pertama pelakon yang baru debut pada 2018 Jung Eui Jae yang bakal membawa watak Seo Joon Beom.

Pelakon senior yang banyak berlakon Jeon Noh Min , didalam drama kill heel ini beliau akan melakonkan watak Choi In Gook.

 Berikutnya adalah pelakon cantik Park So Eun yang membawa watak Im Eo Jin di dalam drama Kill Heel ini.

Pelakon cantik Kim Hyo Sun dan Shin Joo Ah turut membintangi drama ini dengan membawakan watak Ahn Anna dan juga Go Eun Nara.

Pelakon baru Oh Jae Woong membawa watak Choi Jung Jyun manakala pelakon senior Kim Do Yeon turut sama membinangi drama ini sebagai Kim Soo Wan.

Pelakon Moon Ji In serta Han Soo Yeon membawa watak Noh Sung Woo dan Shin Ae di dalam drama Kill Heel ini.

Pelakon tampan Kim Jae Chul dan Shin Wan Joon bakal membawa watak Park Jong Soo serta Hyun Wook.

Barisan pelakon wanita di dalam drama ini ditambah apabila pelakon Park Hee Jin berlakon di dalam ini sebai Da Bi.

 

TRIVIA PELAKON DRAMA KILL HEEL 2022~~

Disebabkan drama ini masih tiada komen dari peminat drama jadi jom kita baca sedikit trivia mengenai pelakon –pelakon drama ini.

Pelakon cantik Kim Ha Neul , siapa yang peminat drama Korea dari dulu mesti kenal beliau , pelakon yang sangat hebat berlakon dan popular di Korea.

Banyak drama Kim Ha Neul yang popular seperti On The Way To the Airport , 18 Again dan filem My Girlfriend is an agent pada 2009.

Kim Ha Neul banyak menerima penanugerahan atas lakonan yang mantap beliau , antara anugerah yang beliau pernah memenangi adalah pelakon terbaik di dua anugerah terbesar iaitu ,

Anugerah Grand bell 48 dan anugerah blue dragon film award yang ke 32 juga ynang paling terbaru adalah beliau memenangi anugerah top excellence anugerah di kbs drama awards 2016.

Pelakon seterusnya adalah Lee Hye Young yang lahir pada 24 november  1962 , beliau juga sekiranya tengok drama korea mesti kenal sebab dia banyak belakon drama tapi lagi banyak filem dari dulu.

Terakhir adalah Kim Sung Ryoung , beliau adalah pemenang miss korea pada tahun 1988, dia pun kalau korang tengok drama korea yang latest mesti kenal.

Antara drama lakonan beliau adalah The Beauty Inside, Are You Human, Legend Of The Blue Sea , Mrs Cop 2 dan banyak lagi.

 

AKHIR KATA

Korang jangan lupa taw tarikh tayangan drama Kill Heel ini pada 23 february 2022 dan drama ini akan tamat pada 14 april 2022.

Untuk info ampa, drama ini ditayangkan selama 1 jam pada setiap rabu dan khamis di saluran tvn dan kalau korang tunggu subtitle ,korang kena tunggu sehari lepas tayangan di Korea.

Selamat menonton.

 

 

Post a Comment

Previous Post Next Post