Biodata Na In Woo , Ahli Baru 2 Days 1 Night. Mana peminat tegar rancangan variety show di Korea sila angkat tangan. Kalau dekat Korea rancangan variety show mereka selalu mendapat sambutan , selain Running Man korang mesti taw kan rancangan 2 Days 1 Night , ahli baru yang masuk ke rancangan mereka adalah Na In Woo. Hari ini kita akan share mengenai biodata Na In Woo ahli baru 2 days 1 night.

Biodata Na In Woo , Ahli Baru 2 Days 1 Night


Untuk pengetahuan korang minggu lepas KBS mengumumkan Na In Woo sebagai ahli tetap 2 days 1 night , bakal menggantikan pelakon Kim Seon Ho.

Na In Woo merupakan seorang pelakon yang sedang meningkat naik , jom kita baca mengenai Na In Woo.

 

BIODATA NA IN WOO , AHLI 2 DAYS 1 NIGHT~~

Nama sebenar beliau adalah beliau adalah Na Jong Chan , beliau menggunakan nama Na In Woo untuk nama stage beliau.

Beliau lahir pada 17 september 1994 di South Korea, beliau debut pada tahun 2015 namun tahun 2020 sehingga 2021 merupakan tahun nama beliau dikenali.

Beliau mula dikenali kerana ada iras-iras pelakon Gong Myung , beliau membintangi iklan bermula pada tahun 2014.

Na In Woo yang berumur 27 tahun 2022 ini , beliau debut dibawah syarikat Cube Entertainment pada tahun 2015 dengan drama Shine Or Go Crazy.

Sedikit TMI , kelibat beliau muncul di dalam drama hit SBS iaitu Glorious Day biarpun hanya sedikit namun sekarang beliau semakin dikenali.

 BAGAIMANA NA IN WOO TERJUN DALAM BIDANG HIBURAN~~

Korang mesti tertanya-tanya kan macam mana lah Na In Woo boleh masuk dalam bidang hiburan ini, jom kita cerita.

Na In Woo pada mulanya masuk dalam bidang lakonan apabila dia masuk dalam teater musical Bachelor’s Vegetable Store pada tahun 2013.

Seperti koran baca dekat atas , dia muncul sebagai back artist dalam drama hit Glorious Day sebelum dia debut betul tahun berikutnya.

Dia berlakon drama Shine Or Go Crazy sebagai drama debut beliau , beliau termasuk sama dalam list pelakon drama itu bersama pelakon hebat Jang Hyuk dan Oh Yeon Seo.

Drama debut beliau itu mempunyai keseluruhannya 24 episod , selepas itu dia berlakon dalam drama My Mom pada tahun yang sama.

Selepas itu, beliau terima tawaran filem box office Twenty lakonan 3 jejaka hebat 2pm Junho , Kim Woobin dan Kang Ha Neul.

dalam filem ini beliau bawa watak adik kepada 2pm Junho yang bernama Dong Won dan tahun 2016 dia berlakon drama web drama yang bertajuk Spark.

Tahun 2019 beliau banyak menerima  tawaran sebagai pelakon tetap dalam drama Unasked Family sebelum itu beliau muncul dalam drama Home Of Summer selama 2 minggu.

 

TAHUN CEMERLANG BUAT KARIER NA IN WOO~~

Kalau korang nak taw tahun 2020 merupakan tahun kebangkitan buat Na In Woo apabila beliau menerima tawaran berlakon back to back.

Tidak dengan itu, nama beliau mula menjadi sebutan oleh peminat drama dan juga pengarah-pengarah drama.

Na In Woo terlibat dalam drama Mystic Pop Up Bar untuk saluran JTBC untuk tahun 2020 dan tahun itu juga beliau membintangi drama Mr Queen.

Mr Queen merupakan drama hit bagi saluran tvN melalui drama inilah membuatkan nama Na In Woo semakin menjadi sebutan.

Tidak hanya menjadi sebutan di Korea namun diluar Korea, beliau mendapat perhatian sehingga banyak tawaran diterima.

Pada awal tahun 2021 beliau menggantikan Ji Soo yang terlibat dengan kontrovesi di dalam drama River Where The Moon Rises.

drama ini menjadikan Na In Woo sebagai watak utama , biarpun beliau masuk menggantikan Jisoo pada episode ke 6 ramai memuji keserasian dia bersama Kim So Hyun.

 

PENCAPAIAN TERBAIK BELIAU DALAM BIDANG LAKONAN~~

Ketika diawal debut beliau , beliau tercalon di dalam anugerah mbc drama sebagai calon pelakon baru terbaik melalui drama debut beliau.

Pada tahun 2021 , beliau menerima anugerah artis baru wave di asia artist awards dalam kategori pelakon.

Selepas itu , pencapaian terbaik beliau adalah tercalon top 5 di anugerah besar korea iaitu Baeksang Arts awards di bawah kategori pelakon baru

Pada hujung 2021, beliau melengkapkan tahun hebat beliau apabila dianugerahkan pelakon baru terbaik di kbs drama awards 2021 melalui drama river where the moon rises.

Tidak hanya dengan itu, beliau juga menerima anugerah best kapel bersama pasangan beliau di dalam drama itu iaitu Kim So Hyun.

 

TAWARAN MENJADI AHLI BARU 2 DAYS 1 NIGHT~~

Pada tahun 2021 menjadi tahun yang agak kurang baik untuk rancangan 2 days 1 night disebabkan kontroversi Kim Seon Ho sehinggakan membuatkan beliau meninggalkan rancangan itu.

25 january 2022, rancangan itu mengumumkan yang Na In Woo akan menggantikan tempat kekosongan yang ditinggalkan oleh Kim Seon Ho.

Untuk info korang , kemasukan Na In Woo dalam rancangan itu adalah untuk menambah energy untuk program itu, ini adalah kata PD rancangan 2 days 1 night.

Walaupun beliau seorang pelakon , mereka tidak sabar untuk melihat Na In Woo keluarkan bakat memberi tawa pada penonton rancangan itu.

Producer rancangan itu , Bang Geul Yi mengatakan pada penonton rancangan 2days 1 night untuk look forwards rancangan itu dengan kehadiran energy dari generasi MZ.

Kehadiran Na In Woo membuatkan peminat rancangan itu tidak sabar untuk melihat tayangan episode pertama beliau.

sedutan episode Na In Woo menunjukkan beliau sangat lain dari yang lain dan membuatkan ahli tetap 2 days 1night mengatakan luar biasa apabila cast orang –orang yang tidak unik.

Korang jangan lupa tengok 2 days 1 night untuk melihat keletah na in woo dalam rancangan pertama beliau dan juga bersama dengan ahli-ahli tetap yang lain.

 

PENUTUP SERTA MEDIA SOSIAL OFFICIAL BELIAU~~

Na In Woo yang tengah popular sekarang mendapat perhatian yang tinggi , so korang yang mana nak kenal lebih dekat beliau boleh la follow media sosial beliau.

Dekat media sosial beliau , korang boleh tengok update terkini mengenai beliau serta apa duta yang beliau wakili , media sosial official beliau adalah >>> @10042n00

Korang boleh tengok di situ , update dan video di sana di upload sendiri oleh beliau dan kalau nak tahu lagi pasai beliau boleh follow official instagram syarikat beliau iaitu Cube Entertainment.

Teruskan support karier lakonan beliau yang mana selepas ini akan lagi banyak drama dari beliau dan beri sokongan untuk karier terbaru beliau untuk rancangan 2 days 1 night.

Fighthing Na In Woo !!!

 

Post a Comment

Previous Post Next Post