Profil Ummi Nazeera Pelakon Risik Pada Hati. Drama terbaru yang mengisi slot akasia tv3 yang menggantikan drama bisik-bisik gelora adalah risik pada hati. Risik pada hati adalah drama yang lain dari drama yang lain dan sangat unik ini menampilkan 3 tunggak utama iaitu Alif Satar, Ummi Nazeera dan Zara Zya. Hari ini kami nak share dengan ampa profil ummi nazeera pelakon risik pada hati.

Profil Ummi Nazeera Pelakon Risik Pada Hati


Siapa yang baru nak berjinak-jinak dengan drama melayu mesti nak kenal dengan tunggak utama ummi nazeera ini kan. 

Yang tak kenal nama sebenar mesti kenal Hayfa risik pada hati watak yang dibawa oleh ummi nazeera dalam drama risik pada hati.

Ummi Nazeera merupakan salah seorang pelakon wanita malaysia yang berbakat besar dan sangat dikenali untuk peminat drama dan filem tanah air.

PROFIL UMMI NAZEERA PELAKON RISIK PADA HATI (2022)~~

Nama sebenar beliau adalah Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainal Abidin , lahir pada 20 Ogos 1990 di Kuala Lumpur.

Menggunakan nama stage Ummi Nazeera ini merupakan seorang pemegang Sarjana Muda Perniagaan dari Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT), Melbourne, Australia.

Ummi Nazeera mempunyai seorang suami yang bernama Mohd Izzar Anwari Abdul Khani yang merupakan seorang doktor.

Mereka memiliki 2 orang cahaya mata perempuan yang bernama  Ayra Aneesah dan Aysha Arsylia.

PERMULAAN KARIER LAKONAN UMMI NAZEERA ~~

Untuk info , Ummi Nazeera debut sebagai pelakon pada 2008 dan drama pertama beliau adalah bertajuk Ali Din yang ditayangkan Tv9.

Tahun 2008 ini beliau membintangi satu telefilem dan 3 drama dan beliau memegang watak pembantu.

Nama beliau dikenali setelah membintangi drama hit malaysia Nur Kasih bersama Tiz Zaqyah , Fizz Fairuz dan Remy Ishak.

Drama Nur Kasih berjaya mengangkat nama beliau ke satu tahap yang lebih tinggi , selepas drama itu Ummi Nazeera giat aktif dalam bidang perfileman.

Filem pertama beliau adalah pada 2010 yang bertajuk Lu Pikirlah Sendiri De Movie yang dilakonkan bersama Nabil Ahmad.

Tahun yang sama beliau membintangi filem yang bertajuk Hantu Kak Limah Balik Rumah dengan watak dibawa adalah Cik Nin.

Selepas nama Ummi Nazeera dikenali , beliau banyak membintangi drama , dan filem  di Malaysia.

Antara drama yang dibintangi oleh beliau adalah Cik Puan Sinderella. Aliff Imani , Nahu Cinta, Korban Kasih , Suri Katrianan dan banyak lagi.

Untuk filem yang belia bintangi adalah Hantu Kak Limah Balik Rumah , Hikayat Merong Mahawangsa , Penanggal , Gol & Gicu Vol.2 dan banyak lagi.

MEDIA SOSIAL OFFICIAL UMMI NAZEERA DAN AKHIR KATA ~~

Untuk yang baru saja kenal Ummi Nazeera lepas tengok drama risik pada hati boleh follow official media sosial beliau di sini >>@umminazeera .

Dekat sini korang boleh tengok aktiviti-aktiviti seni dan aktiviti harian Ummi Nazeera dan korang boleh juga tengok keletah anak beliau yang comey.

Kepada semua teruskan support drama dan filem yang Ummi Nazeera berlakon dan teruskan semangat untuk karier Ummi Nazeera.

Jangan lupa untuk terus suport okay semua~~









Post a Comment

Previous Post Next Post