Biodata Kang Tae Oh Pelakon Extraordinary Attorney Woo. Drama korea yang sedang mendapat sambutan hangat di Korea dan luar negara adalah extraordinary attorney woo. Drama ini diterajui oleh Park Eun Bin . Kang Tae Oh dan Kang Ki Young sebagai watak utama. Hari ini kita nak kongsi dekat ampa semua biodata kang tae oh pelakon extraordinary attorney woo.



Kang Tae Oh merupakan salah seorang pelakon baru yang sedang meningkat naik , nama beliau biarpun tidak segah pelakon lelaki popular lain namun beliau semakin menjadi sebutan. 

Drama Extraordinary Attorney Woo kini menjadi sebutan , tidak hanya di Korea namun sehingga ke Amerika Syarikat.

Jalan cerita yang sangat menarik dan ditambah dengan lakonan yang mantap dari para pelakon drama extraordinary attorney woo sehingga banyak negara mahu lakukan remake drama ini.

Salah seorang penyumbang kepada populariti drama ini adalah pelakon Kang Tae Oh yang membawa watak Junho di dalam drama ini, jom kenali beliau.


BIODATA KANG TAE OH PELAKON EXTRAORDINARY ATTORNEY WOO ~~

Nama sebenar beliau adalah  Kim Yoon-hwan , menggunakan nama Kang Tae Oh sebagai nama stage beliau , lahir pada 20 June 1994 di Incheon.

Kang Tae Oh merupakan pelajar universiti popular Korea iaitu Konkuk University , beliau merupakan seorang pelakon dan penyanyi.

Untuk yang baru minat , Kang Tae Oh merupakan salah seorang ahli kumpulan 5uprise yang mana kumpulan ini adalah kumpulan pelakon yang dibentuk menjadi sebuah kumpulan.

Dalam kumpulan 5uprise ini semua pelakon yang dikenali seperti Seo Kang Joon, Gong Myung , Yo II dan Lee Tae Hwan.

DRAMA PERTAMAKANG TAE OH ~~

Kang Tae Oh debut pada september 2013 bersama anggota 5uprise dibawah syarikat Fantagio ,kesemua mereka dipilih dari program carian pelakon dan telah ditrain selama 2 tahun.

Kelima-lima ahli kumpulan ini debut sebagai pelakon di dalam mobile drama After School:Lucky or Not.

Kang Tae Oh membawa watak nama beliau sendiri , tahun yang sama beliau berlakon dalam drama festival Save Wang Jo Hyeon.

2013 sehingga 2014 beliau berlakon di dalam drama Miss Korea dan Forever Young , kedua-dua watak di dalam drama ini adalah anak Ma ae ri dan Lee Jun Su.

2014 beliau membuat penampilan istimewa filem komedi Slow Video sebelum membintangi 3 drama pada 2015.

Kang Tae Oh mula dikenali setelah drama Run On dan Doom At Your Service ditayangkan , lakonan beliau menerima pujian.

Beliau juga menerima penghargaan Artis Baru Meningkat Naik pada 2017 melalui drama You Are Too Much.

Tidak hanya itu , lakonan beliau di dalam The Tale Of Nokdu telah diberikan penghargaan sebagai pelakon baru terbaik di kbs drama awards 2019.

MEDIA SOSIAL OFFICIAL DAN AKHIR KATA~~

Buat peminat yang baru sahaja meminati Kang Tae Oh boleh follow official media sosial beliau >> @kto940620 untuk lebih banyak info.

Setakat Julai 2022 Kang Tae Oh memiliki lebih 800k pengikut, so cepat -cepat follow bagi dapat sejuta pengikut untu kang tae oh.

Sekarang beliau sedang aktif dengan drama hit Extraordinary Attorney Woo bersama Park Eun Bin so korang yang mana nak tengok drama ini boleh tengok sini > Extraordinary Attorney Woo EPS SUBS

Teruskan support kerjaya lakonan dan nyanyian Kang Tae Oh , Selamat Maju Jaya Kang Tae Oh dan semua peminat ~~






Post a Comment

Previous Post Next Post