Muzik Video Solo Twice Nayeon  Capai 100 Juta Tontonan. Bulan 8 pastinya bulan yang special untuk peminat kumpulan wanita popular TWICE apabila mencapai banyak pencapaian. Salah satu daripadanya adalah muzik video solo dari ahli TWICE iaitu Nayeon mencapai 100 juta tontonan. Info merupakan muzik video solo twice nayeon capai 100 juta tontonan.

Muzik Video Solo Twice Nayeon  Capai 100 Juta Tontonan


Nayeon yang merupakan ahli pertama Twice yang mengeluarkan lagu solo pertama yang bertajuk "Pop" pada 24 june 2022.

Album solo pertama Nayeon bertajuk "Im Nayeon" yang memiliki 7 buah lagu di dalamnya juga berjaya memperoleh lebih 500 ribu pre order.

Tidak hanya dengan itu , Nayeon juga berjaya mendapat tempat pertama di dalam muzik show Korea dengan lagu solo beliau.

Uniknya album 'Im Nayeon' ini adalah kerana terdapat kolaborasi antara Nayeon bersama ahli Stray Kids Felix dan juga bersama rapper Wonstein.

JYP Entertainment pada 10 Ogos mengumumkan di official twitter TWICE yang muzik video "Pop" dari Nayeon mencapai 100 juta tontonan.

Twice juga bakal melakukan comeback secara kumpulan pada 26 August ini dengan album "Between 1&2".

Tajuk lagu untuk album terbaru dari TWICE ini adalah 'Talk That Talk' bakal menemui peminat tidak lama lagi.

Dengan comeback Twice ini , ramai tidak sabar untuk melihat album terbaru dari mereka kerana ini merupakan album pertama setelah kesemua ahli TWICE menandatangai kontrak baru bersama JYPE.

Nantikan update terbaru dari Twice di sini.


Post a Comment

Previous Post Next Post