Sinopsis If You Wish Upon Me Lakonan Ji Chang Wook dan SNSD Sooyoung. Drama terbaru yang baru sahaja ditayangkan di kaca TV iaitu If You Wish Upon Me. Drama If You Wish Upon Me adalah drama yang menampilkan pelakon kacak Ji Chang Wook dan SNSD Sooyoung sebagai watak utama. Drama ini bertemakan kehidupan , drama dan juga perubatan, jadi mari kita baca sinopsis if you wish upon me lakonan ji chang wook dan snsd sooyoung.

Sinopsis If You Wish Upon Me Lakonan Ji Chang Wook dan SNSD Sooyoung


Ini adalah drama pertama yang menggandingkan Ji Chang Wook bersama ahli SNSD iaitu Choi Sooyoung dan ramai tidak sabar untuk melihat keserasian antara mereka.

Drama if you wish upon me adalah drama yang diinspirasikan dari "Ambulance Wish Foundation" yang asal dari belanda di mana program amal yang memberikan ucapan pada pesakit yang tenat.

If You Wish Upon Me juga merupakan drama yang disiarkan di saluran KBS2 bermula 10 august ini.

SINOPSIS IF YOU WISH UPON ME (2022)~~

Menceritakan tentang Yoon Gyeo Ree (Ji Chang Wook) yang merupakan seorang lelaki muda yang tidak tahu apa-apa selain kesengsaraan sejak beliau masih kecil.

Dia didera semasa masih kanak-kanak, dan mengalami masa yang sukar di rumah anak yatim tempat dia dibesarkan. 

Dia kemudian menghabiskan masa di pusat tahanan juvana dan apabila orang dewasa, keadaan tidak menjadi lebih baik, menyebabkan dia menjalani masa di penjara. 

Pukulan dan kesengsaraan adalah semua yang dia tahu, dan dia mendapati dirinya berada di penghujung tambatannya, akhirnya menghadapi kekosongan…

Tetapi apabila dia diarahkan oleh mahkamah untuk berkhidmat dalam khidmat masyarakatnya di kemudahan penjagaan akhir hayat untuk pesakit yang tenat, keadaan mula berubah untuknya. 

Di sini dia bertemu dengan yang tidak kenal lelah sebagai Kang Tae Shik (Sung Dong Il), seorang lelaki pertengahan umur yang mengetuai pasukan sukarelawan di kemudahan itu. 

Kang Tae Shik telah mencipta satu unit yang dipanggil Team Genie, yang didedikasikan untuk memberikan pesakit yang sedang nazak hajat terakhir mereka. 

Tidak kira apa yang orang minta, Team Genie akan berusaha sedaya upaya untuk merealisasikan hasrat terakhir yang berharga itu. 

Dia juga bertemu dengan Seo Yeon Joo (SNSD Sooyoung), seorang jururawat muda yang enggan berputus asa dengan pesakitnya dan cuba memastikan mereka aktif secara fizikal pada setiap masa.

Adakah bekerja di kemudahan ini membantu mengubah kehidupan Yoon Gyeo Ree? dan sudah terlambat untuk mengubah nasibnya? kena tengok sampai habis drama ini.

BARISAN PELAKON DRAMA IF YOU WISH UPON ME (2022)~~

Drama ini kita sedia tahu watak utama ialah Ji Chang Wook yang membawa watak Yoon Gyeo Rye manakala SNSD Sooyoung membawa watak Seo Yeon Joo.

Turut sama membantu drama ini adalah pelakon veteran Sung Dong II yang membawa watak bernama Kang Tae Sik.

Pelakon cantik Won Jin An memegang watak Ha Joon Kyung yang berada di bawah kumpulan Yoon Gyeo Rye.

Selain Ha Joon Kyung seorang lagi ahli dibawahnya adalah Jang Seok Joon yang mana wataknya dibawa ooleh pelakon karisma Nam Tae Hoon.

Watak pesakit di Hospital Hospice Woori adalah di bawa oleh pelakon-pelakon senior dan lama iaitu Yang Hee Kyeong , Gil Hae Yeon dan Yoo Soon Woong.

Pelakon meningkat naik Jeon Chae Eun dan Shin Joo Hwan turut sama membintangi drama ini sebagai watak Yoo Seo Jin dan Yang Chi Hun.

PROFIL DRAMA IF YOU WISH UPON ME (2022)~~

Drama If You Wish Upon Me merupakan drama yang ditayangkan di saluran KBS2 , kalau siapa ada Astro tekan di TV 392 @391.

Tayangan drama ini bermula 10 August untuk episod pertama dan akan berakhir pada episod ke 16 pada 29 September.

Jumlah keseluruhan episod adalah 16 ini akan ditayangkan selama 1 jam 10 minit untuk satu episod drama.

Pengarah untuk drama ini adalah pengarah hebat Kim Yong Wan dan penulisnya pula adalah Jo Ryeon Soo.

Sesiapa yang sedang mencari drama ini dalam internet boleh tengok sini >> IF YOU WISH UPON ME SUBS

Tengok sampai habis taw drama ini sebab banyak pengajaran yang diterapkan di dalam drama ini selain banyak main dengan air mata kita.

Selamat menonton semua ~~




Post a Comment

Previous Post Next Post