Sinopsis The Interest Of Love Lakonan Moon Ga Young Dan Yoo Yeon Seok. Drama terbaru yang sedang hangat diperkatakan di laman-laman sosial iaitu The Interest of Love. Drama The Interest Of Love adalah drama yang menggandingkan pelakon cantik Moon Ga Young dan pelakon kacak Yoo Yeon Seok. Jom kita baca sinopsis drama the interest of love lakonan moon ga young dan yoo yeon seok.

Sinopsis The Interest Of Love Lakonan Moon Ga Young Dan Yoo Yeon Seok




Nama kedua-dua watak utama ini sudah dikenali di Korea mahupun seluruh dunia kerana mereka berdua pernah membintangi beberapa drama hit Korea.

Yoo Yeon Seok terkenal dengan drama Hospital Playlist 1 dan 2 , Dr Romantic ,Mr Sunshine dan banyak lagi sementara Moon Ga Young terkenal dengan drama True Beauty, Link :Eat, Love , Kill dan banyak lagi.

Drama The Interest Of Love adalah drama pertama yang menggandingkan pelakon yang sama cantik dan kacak ini , jom baca jalan cerita drama ini.


SINOPSIS THE INTEREST OF LOVE (2022)~~

Menceritakan tentang kisah percintaan realistik empat orang yang semuanya bertemu di cawangan Youngpo KCU Bank.

Ha Sang-Su (Yoo Yeon-Seok) menjalani kehidupan biasa. Dia percaya kebahagiaan adalah mempunyai kehidupan yang tidak tergoyahkan.

Disebabkan kedatangan cinta, kehidupan hariannya yang tenang berubah.

Ahn Su-Yeong (Mun Ka-Young) berpendapat bahawa cinta tidak kekal selama-lamanya dan boleh hilang pada bila-bila masa. 

Dia sibuk menyara dirinya dalam keadaan yang tidak menyenangkan, dia berasa teruja dengan seorang lelaki yang tiba-tiba menghampirinya.

Park Mi-Gyeong (Keum Sae-Rok) berasal dari keluarga kaya, dia tegas diri dan agak terbuka tentang perasaannya. 

Apabila dia mempunyai seseorang yang dia suka, dia membuat orang itu menyertainya tidak kira apa. Dia memasuki hubungan yang tidak berjalan seperti yang dia mahu.

Jeong Jong-Hyun (Jung Ga-Ram) sedang belajar untuk peperiksaan untuk menjadi pegawai polis. Dia mempunyai personaliti yang mendorongnya melakukan yang terbaik dalam segala hal. 

Dia hidup dalam keadaan yang sukar.

PROFIL DRAMA THE INTEREST OF LOVE (2022)~~

Drama The Interest Of Love ditayangkan di saluran JTBC bermula 21 December yang lalu pada setiap Rabu dan Khamis jam 8:30 malam KST.

Keseluruhan episod drama ini adalah 16 episod dan dijangka akan tamat pada 9 February 2023 , serta drama ini menggantikan slot drama Insider yang tamat pada bulan 7 yang lalu.

Sesiapa yang sedang cari drama the interest of love yang ada subtitle boleh tengok di sini>> THE INTEREST OF LOVE SUB

Buat yang dah layan episod 1 drama ini cerr komen pandangan dan review korang mengenai drama terbaru ini.

Selamat menonton semua ~~



Post a Comment

Previous Post Next Post