Profil, Sinopsis Can We Be Stranger Drama Lakonan Kang So Ra. Mana peminat pelakon wanita Kang So Ra sila hadirkan diri, beliau akan muncul kembali dengan drama terbaru tidak lama lagi. Drama yang bertajuk can we be stranger adalah drama yang menggandingkan beliau bersama Jang Seung Jo. Mesti ramai tidak sabar untuk melihat kemunculan semula dari Kang So Ra jadi jom baca profil dan sinopsis drama can we be stranger.

Profil, Sinopsis Can We Be Stranger Drama Lakonan Kang So Ra


Nama Kang So Ra sudah tidak asing di Korea malah nama beliau juga dikenali di luar Korea dengan filem blockbuster Sunny dan drama Ugly Heart dan Doctor Stranger. 

Tema drama ini sangat sesuai di tonton satu keluarga , tema yang ringan iaitu komedi dan romance.

SINOPSIS CAN WE BE STRANGER (2023)~~

Menceritakan tentang Oh Ha-Ra (Kang So-Ra) ialah seorang peguam, yang pakar dalam perceraian. 

Dia juga seorang yang janda dan menguruskan hal penceraian beliau sendiri. 

Bekas suaminya ialah Ku Eun-Beom (Jang Seung-Jo) dan dia juga seorang peguam. Dia bertemu semula dengan Ku Eun-Beom sebagai rakan sekerja.

Pelbagai yang terjadi antara Ha Ra dan Eun Beom sepanjang bekerja di tempat yang sama , mampukah mereka bekerjasama dalam membuat kerja mereka.

PROFIL DRAMA CAN WE BE STRANGER~~

Drama Can We Be Stranger adalah drama yang akan ditayangkan di saluran ENA dan Genie TV pada awal tahun 2023.

Pengarah drama ini adalah pengarah hebat Kim Yang Hee dan penulisnya adalah penulis hebat Park Jin Ree.

Keseluruhan episod drama ini adalah 12 episod dan tayangan perdana drama ini adalah pada 18 January 2023 dan ditayangkan pada setiap hari Rabu dan Khamis jam 9 malam.

Jangan lupa tayangan episod pertama ok ~~

Post a Comment

Previous Post Next Post