Sinopsis Moon In The Day Lakonan Kim Young Dae. Drama yang dinantikan oleh ramai peminat kdrama akhirnya menemui penonton , drama yang bertajuk Moon In The Day. Drama ini diterajui oleh Kim Young Dae bersama pelakon cantik Pyo Ye Jin. Jom ramai-ramai kita tengok jalan cerita drama moon in the day dibawah.

Sinopsis Moon In The Day Lakonan Kim Young Dae


Sebelum itu mari kita kenal2 dengan pelakon utama drama ini Kim Young Dae, beliau terkenal dengan drama Extraordinary You manakala Pyo Ye Jin pula mencipta nama di dalam drama Taxi Driver dan What's Wrong With Secretary Kim.

SINOPSIS MOON IN THE DAY (2023)~~

Menceritakan tentang Han Joon-O (Kim Young-Dae) adalah seorang  bintang terkenal di Korea, dia kelihatan seperti orang yang sempurna dengan penampilan yang tinggi dan kacak namun dia menghadapi masalah kompleks rendah diri. 

Dia tergolong dalam Beginning Entertainment, yang dikendalikan oleh abangnya Han Min-O (On Joo-Wan).

Suatu hari, Han Joon-O mengambil bahagian dalam iklan awam dengan anggota bomba Kang Young-Hwa (Pyo Ye-Jin). 

Semasa penggambaran iklan tersebut, berlaku kemalangan kereta , Kang Young-Hwa dapat menyelamatkan Han Joon-O dalam kemalangan itu. 

Selepas itu, Kang Young-Hwa mula bekerja sebagai pengawal badan Han Joon-O. 

Sementara itu, selepas kemalangan kereta dan apabila Han Joon-O bangun, tubuhnya dirasuk oleh semangat pendendam Do Ha (Kim Young-Dae). 

Do-Ha adalah seorang bangsawan di Silla dan dia dibunuh oleh isterinya Han Ri-Ta (Pyo Ye-Jin), yang sangat disayanginya.

PROFIL DRAMA MOON IN THE DAY ~~

Moon In The Day ditayangkan di saluran ENA dan Genie TV bermula 1 November yang lalu dan dijangka akan tamat pada pertengahan bulan december.

Drama ini turut dibintangi oleh pelakon kacak On Joo Wan yang lakonan beliau sering mendapat pujian oleh peminat drama Korea.

Turut sama menyertai drama ini adalah Kim Dong Young dan pelakon cantik Jung Shin Hye bersama beberapa barisan pelakon lain.

Jumlah keselurahan episod drama moon in the day adalah 14 episod, drama ini ditayangkan pada setiap hari Rabu dan Ahad jam 9 malam.

Sekian~

Post a Comment

Previous Post Next Post