Sinopsis 100 Days Of Deception Lakonan Park Jin Young dan Kim You Jung. Drama Korea yang sedang menjadi sebutan peminat kdrama adalah 100 Days Of Deception yang diterajui oleh Park Jin Young dan Kim You Jung.

Sinopsis 100 Days Of Deception Lakonan Park Jin Young dan Kim You Jung


Drama 100 Days Of Deception baru mula ditayangkan pada 10 October dan mendapat sambutan yang sangat hangat dari penonton Korea dan luar negara, jom baca sinopsis drama ini.


SINOPSIS 100 DAYS OF DECEPTION (2026)~~

Mengisahkan mengenai Berlatarbelakangkan tahun 1930-an, ketika Korea berada di bawah pemerintahan Jepun, Lee Ga-Kyung (Kim You-Jung) merupakan seorang pencopet yang berbakat di ibu kota Gyeongseong. 

Matlamat hidupnya adalah untuk berpindah ke Amerika Syarikat, dan dia berusaha keras mengumpul wang demi mencapai impiannya itu.

Pada suatu hari, dia menerima tawaran yang sukar ditolak daripada seorang penembak tepat bernama Yoo So-Ran (Kim Hyun-Joo), yang menganggotai pertubuhan anti-Jepun, Gugukdan. 

Kumpulan ini turut dianggotai oleh individu seperti wartawan di Gyeongseong, Yoo Philip (Lee Mu-Saeng), yang bekerja untuk sebuah agensi berita Amerika Syarikat. Gugukdan merancang untuk membunuh Shinichi Sato (Jin Sun-Kyu), Ketua Pengarah bagi Kerajaan Jeneral Chosen (Government-General of Chosen).

Lee Ga-Kyung menjadi perisik untuk kumpulan pemberontak tersebut dan menyusup masuk ke dalam Kerajaan Jeneral Chosen sebagai pelatih jurubahasa selama 100 hari. 

Di sana, dia bertemu dengan Kim Tae-Woong (Jin Young). Kim Tae-Woong merupakan anak angkat kepada Shinichi Sato dan seorang jurubahasa elit yang baru dilantik untuk berkhidmat di Kerajaan Jeneral Chosen. Dia fasih berbahasa Inggeris, Jepun, dan Korea.

PROFIL DRAMA 100 DAYS OF DECEPTION~~

TARIKH TAYANGAN EPS 1 : 10 OCTOBER 2026

TARIKH TAYANGAN EPS 16 : 29 NOVEMBER 2026

JUMLAH EPISOD : 16 EPISOD

BARISAN PELAKON : JINYOUNG, KIM YOU JUNG, KIM HYUN JOO , LEE MOO SAENG, 

                                        JIN SUN KYU, SEO JUNG YEON, KIM IN KWON , LEE SUN

SALURAN  : TvN

HARI & MASA TAYANGAN : SABTU DAN AHAD (9:10 MALAM)

Post a Comment

Previous Post Next Post