Sinopsis My Demon Lakonan Song Kang dan Kim Yoo Jung. Aktor kacak Song Kang akhirnya kembali dengan drama terbaru setelah drama hit Sweet Home 2. Drama terbaru beliau My Demon adalah drama yang menggandingkan beliau bersama pelakon cantik Kim Yoo Jung. Baru mula ditayangkan drama ini mendapat pujian ramai .

Sinopsis My Demon Lakonan Song Kang dan Kim Yoo Jung


Song Kang membawa watak Jeong Gu Won manakala Kim Yoo Jung pula membawa watak Do Do Hee , kedua- dua mereka berjaya mencipta keserasian yang mantap di dalam drama ini.

SINOPSIS MY DEMON (2023)~~

Menceritakan tentang Do Do-Hee (Kim You-Jung) yang merupakan pewaris 'Future Group' dan dia mempunyai personaliti yang sombong dan berkepala dingindan  tidak mempercayai sesiapa pun.

 Dia sinis tentang cinta, Do Do-Hee terlibat dengan syaitan bernama Jeong Gu-Won (Song Kang) dan membuat perkahwinan kontrak dengannya dan dia menghadapi perubahan besar dalam hidupnya.

Jeong Gu-Won adalah 'demon' iaitu syaitan yangboleh hidup selama-lamanya dengan membuat perjanjian yang berbahaya, tetapi manis dengan manusia yang menanggung kehidupan neraka. 

Dia memandang rendah kepada manusia dan dia telah berkeliaran di dunia ini seperti pemangsa puncak selama 200 tahun. 

Dia terlibat dengan Do Do-Hee dan entah bagaimana kehilangan kuasanya secara tiba-tiba. Dia kemudian memasuki perkahwinan kontrak dengannya. 

Untuk mengelakkan kepupusannya sendiri, dia mesti melindungi Do Do-Hee yang telah mengambil semua kuasanya. Hubungan mereka berkembang secara romantik.

PROFIL DRAMA MY DEMON ~~

Drama My Demon ini ditayangkan di saluran SBS bermula 24 november yang lalu dan dijangkan akan tamat pada awal tahun 2024.

Ditayangkan pada setiap hari Sabtu dan Ahad jam 10 malam sehingga 11:10 malam di Korea manakala yang mempunyai sarikata bermula Ahad dan Isnin.

Buat korang yang tengah cari nak tengok dekat mana yang ada subtitle boleh tengok disini>> MY DEMON (SUBS)

Sekarang drama ini sedang berada di episod klimaks , korang jangan terlepas peluang ok .

Selamat tonton~~

Post a Comment

Previous Post Next Post