Biodata Bella Astillah Pelakon Wanita Malaysia. Hari ini kita akan kongsikan biodata pelakon wanita yang popular dengan drama Aku Tanpa Cintamu iaitu Bella Astillah. Bella Astillah tidak hanya menjadi seorang pelakon namun beliau juga merupakan seorang penyanyi.

Biodata Bella Astillah Pelakon Wanita Malaysia

BIODATA BELLA  ASTILLAH (2024)~~

Nama penuh beliau adalah Dayang Ara Nabellah binti Awang Astillah lahir pada 15 Mac 1994 , beliau menggunakan nama stage 'Bella Astillah'.

Beliau lahir di Sandakan , Sabah , mempunyai seorang adik yang juga merupakan penyanyi Malaysia yang bernama Didi Astillah.

Bella adalah merupakan artis dibawah naungan Universal Music Malaysia, beliau memulakan karier di dalam industri pada tahun 2006.

Pada 2006 beliau memulakan karier sebagai penyanyi dengan menjadi penyanyi OST drama popular Diari Ramadhan Rafique.

2019 pula adalah tahun permulaan bagi Bella sebagai seorang pelakon , Bella semakin dikenali dengan drama Aku Tanpa Cintamu bersama Zamarul Hisyam.

Bella mempunyai 2 orang anak , seorang anak lelaki yang bernama Mohamed Ayden Adrean dan seorang anak perempuan bernama  Ara Adreanna.

Beliau juga merupakan sepupu kepada penyanyi Wani Kayrie , mereka berdua muncul didalam rancangan Famili Duo pada 2022.







Post a Comment

Previous Post Next Post