Biodata Jeon Hye Bin Pelakon Beyond The Bar. Salah satu watak di dalam drama Beyond The Bar semakin menjadi sebutan iaitu watak Heo Min Jeong yang dibawakan oleh Jeon Hye Bin, ramai ingin tahu siapakah beliau jadi mari kita tengok biodata Jeon Hye Bin.

Nama Jeon Hye Bin di Korea sudah dikenali kerana beliau merupakan pelakon senior yang sangat berbakat dan di luar Korea namanya sedang meningkat naik.
BIODATA JEON HYE BIN (2025)~~
Nama beliau adalah ì „í˜œë¹ˆ disebut sebagai Jeon Hye Bin lahir pada 27 September 1983 di Namyangju, Korea Selatan.
Hye Bin adalah bekas pelajar Sekolah Menengah Seni Kyewon dan kemudiannya beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengajian Filem dan Teater di Universiti Dongguk.
Beliau adalah seorang model, penyanyi dan pelakon , Jeon Hye Bin merupakan bekas ahli kumpulan LUV yang mempunyai 3 orang ahli kemudiannya kumpulan itu disband kerana ahli kesemua mempunyai misi masing-masing dan kurang popular pada 2002.
Karier lakonan beliau bermula pada 2003 apabila beliau membintangi sitcom yang bertajuk Nonstop dan kemudiannya beliau membintangi drama Sang Doo! Let's Go to School.
Beliau kemudiannya mengeluarkan album solo pada tahun yang sama dengan tajuk album Love Somebody.
Beberapa buah drama hit yang dilakonkan oleh Jeon Hye Bin antaranya adalah My Love By My Side pada 2011, Queen Of The Office pada 2013 dan pada 2016 Another Oh Hayoung .
Jeon Hye Bin berkahwin pada 2019 dan mempunyai seorang anak lelaki , untuk korang yang nak tahu aktiviti harian Hye Bin sebagai pelakon dan aktiviti beliau bersama suami dan anak beliau, korang boleh follow official media sosial beliau di >> ì „í˜œë¹ˆ
Teruskan support karier Jeon Hye Bin.
Post a Comment