Sinopsis Bon Appetit, Your Majesty Lakonan Yoona dan Lee Chae Min. Drama tumpuan akan menemui penonton tidak lama lagi gandingan antara Yoona bersama pelakon baru meningkat naik Lee Chae Min di dalam drama Bon Appetit, Your Majesty.


Sinopsis Bon Appetit, Your Majesty Lakonan Yoona dan Lee Chae Min

Ini adalah merupakan drama pertama yang menggandingkan antara Yoona dan Lee Chae Min sebagai tunggak utama.

SINOPSIS BON APPETIT, YOUR MAJESTY (2025)~~

Drama ini menceritakan tentang Yeon Ji Young (Yoona) yang merupakan seorang chef Perancis yang mempunyai personaliti yang ceria dan tegas. 

Pada suatu hari, dia memenangi pertandingan memasak Perancis, tetapi entah bagaimana dia mendapati dirinya diangkut dan berada di era Joseon. 

Dia kebetulan pada ketika itu sedang menghidangkan makanannya kepada Raja Lee Heon (Lee Chae Min) Joseon. 

Raja Lee Heon ini seorang zalim paling teruk yang memegang kuasa mutlak ,dia memang mempunyai deria rasa yang luar biasa. 

Dia boleh merasai perbezaan makanan walaupun cuaca berubah dan kebetulan mencuba makanan Yeon Ji-Young dan menyukai apa yang dia buat. 

Kemudiannya dia memutuskan untuk membawanya ke istana diraja dan menyuruhnya memasak untuknya. 

Yeon Ji Young yang ditawarkan bekerja di restoran bertaraf 3 bintang Michelin di Paris, mendapati dirinya bekerja untuk Raja Lee Heon yang zalim dan menyajikan masakan diraja gabungan hanya untuknya.

Sementara itu, Kang MokJu (Kang Han Na) ialah gundik Raja Lee Heon , dia seorang yang  tamak dan menyembunyikan cita-citanya yang tidak berkesudahan untuk kuasa. 

Putera Jesan (Choi Gwi Hwa) ialah ahli keluarga diraja dan dia adalah musuh politik Raja Lee Heon yang paling kuat.

PROFIL DRAMA BON APPETIT, YOUR MAJESTY ~~

Drama ini ditayangkan di saluran TvN pada 23 Ogos ini dan dijangka episod akhir pada 28 September ini.

Jumlah episod drama ini adalah 12 episod , drama ini ditayangkan selamat 1 jam 10 minit pada setiap hari Sabtu dan Ahad pada jam 9:20p.m.

Sepatutnya watak utama lelaki drama ini adalah Park Sung Hong namun telah ditukarkan kerana beliau terlibat dalam kontroversi pada 30 December 2024.

Bon Appetit , Your Majesty adalah drama yang menggantikan drama hit Law and The City yang akan berakhir pertengahan bulan 8 ini.

Korang jangan lupa tengok drama ini taw.


Post a Comment

Previous Post Next Post