Sinopsis A Hundred Memories Lakonan Kim Da Mi dan Shin Ye Eun. Pelakon popular Kim Da Mi akan membuat kemunculan semula dengan drama terbaru A Hundred Memories bersama pelakon meningkat naik Shin Ye Eun.
Kim Da Mi yang cukup popular dengan drama hit Itaewon Class dan filem The Witch manakala Shin Ye Eun juga beberapa kali menjadi watak utama , antara dramanya adalah A-TEEN dan Jeongnyeon: The Star Is Born.
Di dalam drama A Hundred Memories ini merupakan drama pertama menggandingkan mereka berdua menjadi tunggak utama.
SINOPSIS A HUNDRED MEMORIES (2025)~~
Drama ini mengisahkan mengenai pada tahun 1980-an, seorang bernama Go Young Rye (Kim Da Mi) bekerja sebagai atendan bas no. 100 bagi Pengangkutan Cheona.
Biarpun beliau mengalami mabuk perjalanan namun dia tetap menaiki bas setiap hari kerana baginya pekerjaan ini penting kerana ia membantu ibunya menyara keluarga mereka.
Dia mempunyai impian untuk mendaftar di universiti sebagai pelajar.
Dari segi personaliti, Go Young-Rye seorang yang jujur, bijak dan sensitif tapi apabila dia marah, tiada siapa boleh menghalangnya.
Dia mempunyai seorang kawan baik yang namanya Seo Jong Hee (Shin Ye Eun) yang juga bekerja untuk Cheona Transportation sebagai atendan bas.
Dia seorang yang berpewartakan sempurna , Seo Jong Hee mempunyai impian untuk melarikan diri dari persekitaran keluarganya yang malang.
Sementara itu, Han Jae-Pil (Heo Nam Jun) pula adalah anak kepada seorang pemilik kedai serbaneka.
Dia kelihatan seperti seorang lelaki yang sempurna, dengan penampilan fizikal yang menarik dan mempunyai latar belakang keluarga yang kaya namun dia mengalami emosi yang sakit dan dia melalui tempoh yang sukar dalam hidupnya.
Specialnya dia adalah cinta pertama Go Young Rye dan Seo Jong Hee.
PROFIL DRAMA A HUNDRED MEMORIES ~~
Dua pelakon senior yang hebat turut membintangi drama ini iaitu Lee Jung Eun dan Lee Jae Won.
Drama ini akan ditayangkan pada setiap hari Sabtu dan Ahad pada jam 10:40 malam selama 1 jam 10 minit.
Ampa semua jangan terlepas episod pertama ok, selamat menonton.
Post a Comment