Sinopsis My Lovely Journey Lakonan Gong Seung Yeon dan Kim Jae Young. Drama terbaru dari pelakon cantik Gong Seung Yeon adalah bersama pelakon kacak Kim Jae Young di dalam drama bertajuk My Lovely Journey.

Sinopsis My Lovely Journey Lakonan Gong Seung Yeon dan Kim Jae Young


Gong Seung Yeon merupakan salah seorang pelakon wanita yang sedang meningkat naik namanya , beliau yang merupakan kakak kepada TWICE Jeongyeon ini terkenal dengan drama The First Responders ,  Six Flying Dragon dan filem Aloners.

Kim Jae Young adalah pelakon lelaki yang popular dengan drama 100 Days My Prince , The Judge From Hell dan Love In Contract.

Di dalam drama My Lovely Journey mereka berdua pertama kali digandingkan bersama sebagai watak utama. 

SINOPSIS MY LOVELY JOURNEY (2025)~~

Drama ini mengisahkan tentang Kang Yeo-Reum (Gong Seung Yeon) yang merupakan bekas ahli kumpulan idola dan kini bekerja sebagai wartawan pelancongan untuk program maklumat gaya hidup.

Dia menandatangani kontrak dengan Ogu Entertainment, yang diketuai oleh Oh Sang-Shik (Yu Jun Sang). 

Kang Yeo Reum kelihatan seperti seorang yang positif, tetapi dia sebenarnya mempunyai kebimbangan tentang masa depannya. 

Dia mempunyai hubungan istimewa dengan Lee Yeon-Seok (Kim Jae Young) yang menjadi editor program sudut perjalanannya. 

Selepas menamatkan pengajian dari jabatan kejuruteraan sebuah universiti berprestij, Lee YeonSeok bekerja di sebuah syarikat besar, tetapi dia berhenti kerja dan sekarang Lee Yeon-Seok mengejar impiannya untuk menjadi pengarah filem.

Kang Yeo Reum sebagai wartawan pelancongan, yang tidak pernah menjadi pusat segala-galanya dalam hidupnya, menyedari kejayaan sebenar dan erti kehidupan, sambil melakukan perjalanan yang diminta.

PROFIL DRAMA MY LOVELY JOURNEY ~~


Drama ini mula ditayangkan pada 2 Ogos dan episod akhir drama ini dijangka pada 31 Ogos ini dan jumlah keseluruhan episod adalah 10.

Tayangan drama ini adalah di saluran OCN dengan menggantikan drama The Witch yang baru sahaja tamat keseluruhan episod.

Post a Comment

Previous Post Next Post