Biodata Kim Yo Han Pelakon Drama The Winning Try. Pelakon lelaki baru Korea Kim Yo Han semakin hari semakin menjadi sebutan setelah membintangi beberapa drama , yang terbaru adalah drama The Winning Try.
Kim Yo Han membawa watak Yun Seong Jun di dalam drama The Winning Try, lakonan dan keserasian beliau dengan pelakon lain di dalam drama ini mendapat pujian .
BIODATA KIM YO HAN (2025)~~
Nama sebenar beliau adalah 김요한 iaitu Kim Yo Han sama seperti nama stage beliau, lahir pada 2 September 1999 di Seoul , Korea Selatan.
Beliau mempunyai 3 orang adik beradik dan merupakan anak sulung serta memiliki 2 orang adik perempuan.
Kim Yo Han adalah seorang penyanyi , pelakon , pengacara dan merupakan bekas pemain Taekwando wakil negara Korea.
Beliau merupakan pemenang tempat pertama dua kali atlet Taekwando "National Youth Sports Festival".
Yo Han merupakan bekas ahli kumpulan X1 setelah mendapat tempat pertama dalam rancangan Mnet Produce X 101.
Aktiviti X1 tidak dapat diteruskan, beliau kemudiannya debut di dalam kumpulan WEi pada tahun 2020 kemudiannya beliau dipilih menjadi MC untuk rancangan THE SHOW.
Beliau terjun ke dunia lakonan pada 2021 , apabila beliau menjadi watak utama dalam drama SCHOOL 2021 bersama Cho Yi Hyun.
Korang boleh follow official media sosial Kim Yo Han di sini>> @김요한 , korang boleh tengok aktiviti terbaru dari beliau disana.
Post a Comment