Sinopsis Run To You Lakonan Twice Dahyun dan Ha Seok Jin. Di mana ONCE di seluruh dunia , cepat kumpul di pawagam berdekatan untuk melihat filem kedua Dahyun iaitu Run To You bersama pelakon kacak Ha Seok Jin.

Nama TWICE sudah tidak perlu diperkenalkan lagi , salah satu member TWICE iaitu Dahyun akan kembali ke dalam dunia perfileman buat kali kedua setelah filem You Are the Apple of My Eye pada 2024.
Filem terbaru Dahyun adalah Run To You , dibintangi bersama Ha Seok Jin dan Lee Shin Young sebagai tunggak utama.
SINOPSIS RUN TO YOU (2025)~~
Filem ini menceritakan mengenai seorang pelari pecut veteran yang mendapat peluang terakhir untuk menghidupkan semula cinta dalam hidupnya.
Dan juga seorang pelajar sekolah menengah yang ceria dan happy go lucky dan yang melakukan segala-galanya untuk memenangi cinta Ji Eun (Kim Da Hyun).
PROFIL FILEM RUN TO YOU (2025)~
Run To You akan mula ditayangkan di seluruh pawagam bermula 10 September ini dan tema filem ini adalah romantik komedi , drama dan sukan.
Ha Seok Jin di dalam filem ini membawa watak bernama Kang Goo Young manakala Lee Shin Young pula membawa watak bernama Kang Seung Yeol.
Filem ini diinspirasikan daripada realiti kehidupan sebenar Kim Kuk-young,mempunyai rekod 100M lelaki Korea yang kekal tidak terputus sejak 2017.
Untuk negara lain, status tayangan filem ini akan kita update nanti ye.
Post a Comment