Sinopsis Walking On Thin Ice Lakonan Lee Young Ae dan Kim Young Kwang. Drama Korea terbaru yang bakal ditayangkan tidak lama lagi adalah drama Walking On Thin Ice sebuah drama yang menggandingkan Lee Young Ae dan pelakon kacak Kim Young Kwang.

Drama ini merupakan drama pertama yang menggandingkan pelakon senior hebat Lee Young Ae bersama Kim Young Kwang.
SINOPSIS WALKING ON THIN ICE (2025)~~
Drama ini mengenai Eun Soo (Lee Young Ae) yang merupakan seorang suri rumah yang bergelut untuk membayar kos perubatan suaminya yang sedang sakit tenat.
Eun Soo terjerat dan terperangkap bersama beg berisi dadah dengan seorang guru bernama Yi Kyeong (Kim Young Kwang).
Yi Kyeong pula adalah seorang sosok misteri, Eun Soo dan Yi Kyeong dikejar oleh detektif veteran Tae-Gu (Park Yong-Woo).
PROFIL DRAMA WALKING ON THIN ICE ~~
Drama Walking On Thin Ice akan mula ditayangkan pada 20 September ini dan dijangka sehingga 26 Oktober ini dengan keseluruhan 12 episod.
Tema drama ini adalah jenayah, thriller dan kehidupan, ramai tidak sabar untuk menonton drama ini kerana temanya menarik minat mereka.
Tayangan drama ini adalah di saluran KBS2 pada setiap hari Sabtu dan Ahad pada jam 9:20 malam selama 1 jam 10 minit.
Drama itu turut dibintangi oleh pelakon senior Hwang Jae Yeol yang membawa watak Detektif Park manakala Park Yong Wo membawa watak Detektif Jang Tae Gu.
Post a Comment