Biodata Kim Young Kwang Pelakon Walking On Thin Ice. Hero drama Walking On Thin Ice adalah pelakon senior yang lakonannya yang sangat hebat dan sering mendapat pujian peminat drama iaitu Kim Young Kwang.       

Biodata Kim Young Kwang Pelakon Walking On Thin Ice


Kim Young Kwang memegang watak Yi Kyeong di dalam drama Walking On Thin Ice bergandingan dengan pelakon senior hebat Lee Young Ae dalam drama Walking On Thin Ice.

BIODATA KIM YOUNG KWANG (2025)~~        

Nama penuh beliau adalah  김영광 Kim Young Kwang lahir di Incheon , Korea Selatan pada 11 January 1987 .

Beliau adalah merupakan seorang model dan pelakon, memeliki ketinggian sebanyak 187 cm , beliau adalah pelajar jurusan Filem dan Teater di University Hanyang.

Ayah beliau meninggal dunia semasa beliau di sekolah rendah , ayah beliau merupakan veteren askar di Vietnam War.

Kim Young Kwang memulakan karier sebagai model pada 2006 sebelum terjun ke dunia lakonan pada  tahun 2008.

Drama pertama lakonan beliau adalah Worlds Within kemudian tahun 2009 beliau berlakon di dalam drama Triple dan My Fair Lady.            

Lakonan beliau diiktiraf apabila menerima Anugerah Pelakon Baru Terbaik untuk filem On Your Wedding Day.         

Bagi tahun 2025 beliau akan muncul dengan sebuah drama dan sebuah filem , drama yang seperti kita tahu iaitu Walking On Thin Ice yang bakal tayang pada bulan 9 ini manakala filem beliau bertajuk First Ride yang bakal mula ditayangkan di seluruh pawagam pada bulan 10 ini.

Ramai memuji ketampanan Kim Young Kwang seperti yang kita tahu beliau merupakan model dan lakonan beliau juga mendapat perhatian ramai.

Korang yang mana nak tahu aktiviti seni terbaru dan aktiviti harian beliau boleh follow dia di media sosial ini >> 김영광   

Untuk yang nak tambah info mengenai Kim Young Kwang boleh komen dibawah ya.

Post a Comment

Previous Post Next Post