Sinopsis Home Behind Bars Filem Lakonan Song Ji Hyo. Filem terbaru 2025 yang ditunggu-tunggu dari ahli Running Man Song Ji Hyo akhirnya mula ditayangkan, filem bertajuk Home Behind Bars.
Filem ni menjadi tumpuan kerana ia merupakan filem kemunculan semula (comeback) dari pelakon cantik Song Ji Hyo.
Song Ji Hyo berehat dari dunia lakonan selama beberapa tahun sebelum muncul semua pada tahun 2025, beliau hanya muncul sebagai cameo dalam beberapa tahun ini.
SINOPSIS HOME BEHIND BARS (2025)~~
Filem ini mengisahkan tentang Tae Jeo (Song Ji Hyo) yang telah bekerja sebagai pegawai penjara selama 15 tahun.
Dia menerima berita tentang kematian ibu banduan Mi Young (Ok Go Woon) dan Tae Jeo melawat pengebumian ibu Mi Young.
Di sana, dia mempunyai pertemuan yang tidak dijangka dengan anak perempuan Mi Young iaitu Joon Young (Do Young-Seo).
Pertemuan yang singkat tetapi tidak dijangka ini mencipta perubahan hangat kepada kehidupan Tae Jeo yang suram dan berprinsip.
Kehangatan, seperti sinaran matahari, juga menyerbu kehidupan Joon Young yang tidak tenang.
PROFIL FILEM HOME BEHIND BARS (2025)~~
Filem ini mula ditayangkan pada 15 Oktober 2025 di semua pawagam Korea Selatan dan filem ini mendapat rating 9.33 di Naver Movie pada hari tayangan.
Durasi untuk filem ini adalah 122 minit, review dari penonton Korea rata-ratanya positive dan lakonan Song Ji Hyo menerima pujian dari penonton.
Korang jangan lupa tengok taw di pawagam apabila filem ini ditayangkan.
Post a Comment