Sinopsis No Next Life Lakonan Kim Hee Sun dan Han Hye Jin. Drama terbaru dari pelakon cantik Kim Hee Sun adalah No Next Life bersama juga pelakon cantik dan berbakat Han Hye Jin dan Jin Seo Yeon.
Ramai peminat drama Korea tidak sabar menantikan drama ini kerana gandingan ketiga-tiga pelakon wanita hebat di dalam satu drama.
Drama No Next Life merupakan drama yang temanya adalah drama komedi yang bakal ditayangkan di TV Chosun.
SINOPSIS NO NEXT LIFE (2025)~~
Mengisahkan tentang tiga orang wanita bersahabat baik dan mereka berumur 41 tahun, Jo Na Jeong (Kim Hee Sun) , Ku Ju Young (Han Hye Jin) dan Lee Il Li (Jin Seo Yeon)
Jo Na Jeong (Kim Hee Sun) pernah menjadi pengacara TV 'home shopping' dan memperoleh ratusan juta won untuk pekerjaannya dan sekarang dia seorang suri rumah sepenuh masa.
Jo Na Jeong juga merupakan ibu kepada dua orang anak lelaki dan beliau cuba kembali sebagai pengacara membeli-belah di rumah dan mendapatkan gaji tinggi yang pernah diperolehnya.
Ku Ju Young (Han Hye Jin) pula bekerja sebagai pengurus perancangan di sebuah pusat seni yang mempamerkan persembahan berkualiti tinggi.
Dia seolah-olah mempunyai kehidupan yang sempurna dalam kehidupan peribadi dan perniagaannya. Malah, dia menanggung kesakitan ketika cuba mendapatkan bayi dengan suaminya yang aseksual.
Lee Il Li (Jin Seo Yeon) masih bujang dan bekerja sebagai timbalan ketua editor untuk sebuah majalah fesyen.
Dia memulakan kerjayanya sebagai editor fesyen dan telah berusaha sehingga menjadi timbalan ketua editor.
PROFIL DRAMA NO NEXT LIFE (2025)~~
Drama No Next Life akan mula ditayangkan pada 10 November ini di TV Chosun pada setiap hari Isnin dan Selasa jam 10 malam.
Drama ini menggantikan slot drama Confidence Queen yang tamat episod awal bulan November.
Korang jangan lupa okay tayangan perdana drama ini dan selamat menonton semua ~
Post a Comment