Sinopsis Undercover Miss Hong Lakonan Park Shin Hye dan ITZY Yuna. Drama paling dinantikan akhirnya bakal ditayangkan, drama debut dari idola popular ITZY Yuna bersama pelakon popular Park Shin Hye iaitu undercover miss hong.

Drama Undercover Miss Hong ini sudah menjadi sebutan sebelum ditayangkan kerana drama ini merupakan drama pertama idola ITZY Yuna, dan sememangnya ia menjadi tumpuan peminat besar ITZY.
Park Shin Hye bergandingan bersama Ko Kyoung Pyo sebagai tunggak utama di dalam drama ini, drama Undercover Miss Hong adalah bertemakan jenayah dan komedi.
SINOPSIS UNDERCOVER MISS HONG (2025)~~
Menceritakan mengenai berlatarkan akhir 1990-an, Hong Geum-Bo (Park Shin Hye) berusia 30-an dan merupakan penyelia elit untuk Perkhidmatan Penyeliaan Kewangan.
Dia seorang wanita pekerja yang tenang dan hanya memikirkan tentang pekerjaannya, dia menyamar sebagai seorang graduan sekolah menengah berusia 20 tahun, Hong Jang Mi, dan mula bekerja untuk sebuah syarikat sekuriti di mana aliran dana yang mencurigakan dikesan.
Di sana, dia bertemu Sin Jeong Woo (Ko Kyoung Pyo) yang merupakan seorang CEO baharu Syarikat Sekuriti Hanmin.
Sin Jeong Woo merupakan seorang natural perunding pengurusan dan seorang penceroboh korporat , bagi beliau no 1 adalah kejujuran.
Dia menggunakan apa jua cara yang diperlukan untuk mencapai matlamatnya dan apabila bertemu Hong Jang-Mi, yang wajahnya sama seperti Hong Geum-Bo perempuan yang pernah dicintainya.
Post a Comment