Keputusan Markah Minggu Ke 6 Muzikal Lawak Superstar 2025. Malam Sabtu yang lalu telah berlangsungnya minggu ke 6 muzikal lawak superstar 2025 dengan begitu meriah sekali.

Persembahan para peserta dan pelawak pada minggu ke 6 menerima pujian ramai, malah ada beberapa kumpulan menerima standing ovation dari juri dan penonton.
Biarpun banyak positif pada minggu ke 6 namun tetap juga berlaku penyingkiran di mana dua kumpulan terpaksa meninggalkan muzikal lawak superstar 2025, jom kita tengok kedudukan.
KEPUTUSAN MARKAH MINGGU KE 6 MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR~~
Kumpulan yang mendapat top 3 minggu ini adalah RODA, NANAS dan KIMBAB, ketiga-tiga kumpulan ini menerima pujian dari juri.
Specialnya malam ini untuk kumpulan KIMBAB apabila mereka diumumkan sebagai pemenang Superstar of The Week.
KIMBAB yang dianggotai oleh Zulin Aziz, Nasz Sally dan Maryam tidak hanya mendapat pujian juri namun persembahan mereka viral di media sosial.
Minggu ke 6 ini juga dapat disaksikan 2 kumpulan iaitu JOZON (Joey, Noreen Iman dan Zul Huzaimy) dan GENZI (Aziz M Osman, Ilham Abata dan Achong Sweetchild) tersingkir.
Untuk bottom 5 minggu ini adalah JOZON, PUTEH, BAHYIM, GENZI dan LOMPAT, seperti kita tahu minggu lepas JOZON juga berada di bottom 5 namun diselamatkan oleh imuniti juri.
Dengan penyingkiran berlaku maka tinggal hanya 6 kumpulan sahaja yang akan meneruskan cabaran di semi final muzikal lawak superstar 2025 minggu hadapan.
Korang teruskan support dan bagi kata semangat untuk mereka yang layak dan jangan lupa untuk tengok secara langsung Sabtu depan jam 9 malam okay.
Post a Comment