Sinopsis Surely Tomorrow Lakonan Park Seo Joon dan Won Ji An. Drama yang paling ditunggu peminat Park Seo Joon akhirnya akan ditayangkan tidak lama lagi, sebuah drama Surely Tomorrow bersama pelakon cantik Won Ji An.

Sinopsis Surely Tomorrow Lakonan Park Seo Joon dan Won Ji An


Drama Surely Tomorrow menjadi drama yang ditunggu-tunggu peminat Park Seo Joon kerana ini merupakan drama pertama beliau untuk tahun 2025.

Tema Surely Tomorrow adalah romantik komedi, pastinya sesuai ditonton semua orang kerana santai dan ada unsur komedi.

Bakal ditayangkan 6 December ini di saluran JTBC pada setiap hari Sabtu dan hari Ahad 10:40malam.

SINOPSIS SURELY TOMORROW (2025)~~

Mengisahkan mengenai Lee Gyeong Do (Park Seo Jun) yang bekerja sebagai wartawan di jabatan hiburan di Dongwoon Daily News, dia seorang pekerja pejabat biasa yang tidak kasar atau pelik. 

Ketika berusia 20 tahun, dia bertemu Seo Ji Woo (Won Ji An) buat kali pertama di sebuah kelab kumpulan teater dan mereka jatuh cinta. 

Wanita itu adalah cinta pertamanya, tetapi akhirnya mereka putus dan pada etika Lee Gyeong Do berusia 28 tahun, mereka berpacaran lagi, tetapi putus buat kali kedua. 

Kini, Lee Gyeong Do mengusahakan sebuah cerita yang melibatkan satu skandal suami Seo Ji Woo.

Oleh kerana ini, dia bertemu semula dengan Seo Ji-Woo selepas beberapa tahun.

Post a Comment

Previous Post Next Post