Hanjin Dari Kumpulan TWS Tidak Hadir ke AAA2025 Kerana Masalah Kesihatan. Salah satu kumpulan yang telah confirm kehadiran untuk AAA2025 iaitu TWS tidak dapat hadir dengan kesemua ahli kumpulan.

TWS sepatutnya hadir ke Asia Artist Awards bermula 5 December sehingga 7 December dengan 6 orang ahli kumpulan namun terpaksa hadir dengan 5 ahli.
PLEDIS Entertainment mengeluarkan kenyatan bahawa Hanjin tidak dapat mengikuti anugerah Asia Artist Awards 2025 kerana masalah kesihatan beliau yang semakin menurun.
Mereka juga mengharapkan peminat dapat memahami situasi ini dan kesihatan artis mereka lebih menjadi keutaamaan sekarang.
Di dalam kenyataan PLEDIS Entertainment untuk press dan peminat adalah :
"Salam sejahtera.
Ini PLEDIS Entertainment.
Kami ingin memaklumkan anda tentang keadaan kesihatan dan jadual ahli TWS, Hanjin.
Disebabkan oleh penurunan keadaannya, Hanjin tidak akan dapat menyertai Anugerah Artis Asia (AAA) 2025 yang dijadualkan esok (6 Disember). Kami memohon pemahaman peminat.
Hanjin kini sedang berehat dan menumpukan perhatian kepada pemulihan. Walaupun dia mempunyai keinginan yang sangat kuat untuk mengambil bahagian dalam persembahan tersebut, syarikat telah memutuskan bahawa adalah lebih baik baginya untuk mengutamakan pemulihannya pada masa ini.
Kami akan melakukan yang terbaik untuk menyokong pemulihannya supaya dia dapat kembali bertemu peminat dalam keadaan sihat.
Terima kasih."
Jadi untuk malam Anugerah Asia Awards 2025 pada hari Sabtu hanya akan ada Shinyu, Dohoon , Youngjae , Jihoon dan Kyungmin, saksikan mereka live di sini >> AAA2025 (LIVE)
Semoga Hanjin cepat sembuh dan kembali dengan TWS ~
Post a Comment