Sinopsis The Judge Returns Lakonan Jisung dan Won Jin Ah. Pelakon popular Jisung membuat kemunculan semula dengan drama hakim terbaru bertajuk The Judge Returns bersama pelakon cantik Won Jin Ah.
Drama The Judge Returns merupakan drama kedua Jisung berlakon menjadi judge@hakim , sebelum ini beliau membintangi drama hit The Devil Judge juga sebagai hakim.
Peminat drama Korea tidak sabar untuk menonton drama ini kerana tidak sabar untuk melihat chemistry antara Jisung (pelakon hebat) dan Won Jin Ah (pelakon berbakat) di dalam satu drama.
SINOPSIS THE JUDGE RETURNS (2026)~~
Menceritakan mengenai Lee Han Young (Ji Sung) yang merupakan seorang hakim yang korup, menyalahgunakan kedudukan kuasa dan autoriti beliau untuk keuntungan peribadi atau peribadi.
Sebelum dia menjadi hakim, dia berkahwin dengan anak perempuan CEO firma guaman yang besar.
Selepas itu, dia telah menggunakan kuasanya untuk keuntungan firma guaman bapa mertuanya namun apabila Lee HanYoung memutuskan untuk berhenti daripada urusan rasuah, dia mendapati bahawa dia telah kembali ke masa lalunya 10 tahun yang lalu.
Belia kembali pada ketika dia bekerja sebagai hakim di Cawangan Cheonan, Mahkamah Daerah. Dia bergelut untuk menjalani kehidupan baru dan menghukum kejahatan besar.
Kang Shin Jin (Park Hee Soon) merupakan ketua hakim Bahagian Jenayah Mahkamah Daerah Pusat Seoul dan dia juga merupakan kakitangan penting dalam kerajaan bayangan yang diketuai oleh bekas presiden Korea.
Kang Shin Jin mempunyai kuasa yang besar dan dia tidak takut untuk membuat perjanjian yang melibatkan perbicaraan dan dia mempunyai konfrontasi serius dengan Lee Han-Young.
Kim Jin A (Won Jin A) adalah seorang pendakwa raya di Bahagian Jenayah Mahkamah Daerah Pusat Seoul dan beliau menjadi pendakwa raya kerana tekadnya untuk menangkap Jang Tae-Sik dari Kumpulan S.
Dia bekerjasama dengan Lee Han Young, yang bersetuju untuk membantunya, tetapi dia masih tidak boleh mempercayainya sepenuhnya.
PROFIL DRAMA THE JUDGE RETURNS~~
Drama The Judge Returns akan ditayangkan di saluran MBC bermula 2 January 2026 pada setiap Jumaat dan Sabtu jam 9:50 malam.
Jumlah keseluruhan episod drama ini adalah 14 episod dan episod akhir dijangka pada 14 February 2026 dan setiap episod ditayangkan selama 1jam 10 minit.
Tema drama ini adalah misteri , fantasi , undang-undang dan drama, drama ini diarahkan oleh pengarah hebat Lee Jae Jin.
Turut sama membintangi drama ini adalah pelakon cantik dan popular Baek Jin Hee dan Oh Se Young , kedua-dua mereka membawa watak Song Na Yeon dan Yoo Se Hee.
Pelakon senior yang sangat berbakat turut sama membintangi drama ini iaitu Kim Tae Woo , Park Hee Sun , Kim Byung Choon dan Jung Hee Tae.
Slot tayangan drama ini adalah pada slot tayangan drama Moon Rivers yang sudah tamat tayangan .
Selamat menonton~
Post a Comment