Sinopsis Perfect Crown Lakonan Byeon Woo Seok dan IU. Drama yang paling dinantikan tahun 2026 adalah drama Perfect Crown lakonan pelakon dan penyanyi popular IU dan aktor popular Byeon Woo Seok.

Perfect Crown menjadi drama tumpuan kerana watak utama drama ini yang mempunyai pengikut setia yang sangat banyak dan mereka tidak sabar untuk melihat chemistry antara kedua-dua mereka.
Drama ini adalah bertemakan drama romantik sejarah yang berlaku pada abad ke 21 dan konsep drama ini sangat menarik dan unik.
SINOPSIS PERFECT CROWN (2026)~~
Mengisahkan tentang pada abad ke-21, dengan Korea Selatan diperintah oleh monarki perlembagaan. Seong Hee Ju (IU) adalah anak perempuan kedua keluarga chaebol terkemuka di negara ini.
Seong Hee Ju mempunyai hampir segalanya, termasuk penampilan yang cantik dan kepintaran dan dia juga sangat kompetitif.
Bagi Seong Hee-Ju, dia tidak peduli bahawa dia bukan sebahagian daripada keluarga diraja, tetapi statusnya yang biasa mula menjadi penghalang dalam hidupnya.
Ini membawanya untuk terlibat dengan Putera Yian (Byeon Woo Seok) yang merupakan anak lelaki kedua Raja.
Putera Yian ditakdirkan untuk tidak mempunyai apa-apa, kecuali status dirajanya dan beliausentiasa menyembunyikannya daripada orang ramai, tetapi, selepas dia bertemu Seong Hee-Ju kemudiannya dia mula berubah sedikit demi sedikit.
PROFIL DRAMA PERFECT CROWN ~~
Drama Perfect Crown bakal ditayangkan di saluran MBC bermula pada April 2026 dengan jumlah 12 episod keseluruhan.
Tayangan drama ini mengambil masa selama 1 jam 10 minit setiap satu episod dan ditayangkan pada setiap hari Jumaat dan Sabtu.
Tarikh tayangan perdana drama ini akan di update nanti okay so stay tuned.
Post a Comment