Sinopsis Bloody Flower Lakonan Geum Sae Rok dan Ryeo Un. Drama terbaru Korea 2026 adalah Bloody Flower lakonan pelakon cantik Geum Sae Rok dan pelakon meningkat naik Ryeo Un.

Sinopsis Bloody Flower Lakonan Geum Sae Rok dan Ryeo Un


Peminat drama tidak sabar untuk melihat keseraisian antara kedua-dua tunggak utama ini kerana ia adalah gandingan baru dan kedua-dua mereka berbakat besar.

Selain Ryeo Un dan Geum Sae Rok , drama ini turut dibintangi pelakon senior yang hebat iaitu Sung Dae II.

Drama Bloody Flower akan ditayangkan di saluran Disney+ bermula 4 february sehingga 25 february dan jumlah keseluruhan episod adalah 8 episod.

SINOPSIS BLOODY FLOWER (2026)~~

Menceritakan mengenai ketegangan dan konfrontasi berlaku antara tiga orang iaitu Lee Woo Gyeom (Ryeo Un) yang merupakan seorang pembunuh bersiri, tetapi mempunyai kemahiran perubatan yang genius dan dia mampu menyembuhkan penyakit yang tidak boleh diubati. 

Park Han Jun (Sung Dong-Il) pula adalah seorang peguam yang mesti menyelamatkan Lee Woo Gyeom untuk menyelamatkan anak perempuannya yang sakit.

Cha Yi-Yeon (Keum Sae Rok) adalah seorang pendakwa raya istimewa yang mesti membuktikan kebolehannya dengan sabitan hukuman mati untuk Lee Woo Gyeom.

Post a Comment

Previous Post Next Post