Sinopsis Show Business Lakonan Gong Yoo dan Song Hye Kyo. Drama tumpuan yang paling ditunggu-tunggu akan ditayangkan tidak lama lagi , drama gabungan dua pelakon hebat Gong Yoo dan Song Hye Kyo dalam Show Business.

Drama Show Business sangat special kerana diarahkan oleh pengarah hebat Lee Yoon Jung yang merupakan pengarah drama popular COFFEE PRINCE.
Specialnya drama ini adalah pelakon utama adalah pelakon popular drama Goblin iaitu Gong Yoo bersama pelakon drama hit The Glory iaitu Song Hye Kyo, ini menyebabkan ramai tidak mahu ketinggalan untuk melihat drama ini.
SINOPSIS SHOW BUSINESS (2026)~~
Drama ini mengisahkan mengenai industri hiburan Korea Selatan dari tahun 1960-an hingga 1980-an.
Min Ja (Song Hye Kyo) mengalami pelbagai kesusahan semasa membesar. Disebabkan masalahnya, dia mempunyai semangat dalaman yang lebih kuat daripada hampir semua orang lain. Semasa menjalani kehidupan yang sukar, dia melihat peluang dalam industri muzik Korea dan dengan berani terjun ke sana.
Sementara, Dong Gu (Gong Yoo) berkawan dengan Min-Ja sejak mereka kecil. Mereka melalui banyak pergolakan bersama. Walaupun dia mempunyai personaliti yang tidak dapat diramalkan, dia mendengar semua yang Min-Ja katakan. Dia juga memasuki industri muzik bersama Min-Ja.
Min-Hee (Seol Hyun) telah menjalin hubungan cinta-benci dengan Min-Ja sejak kecil. Dia mengikuti apa yang Min-Ja katakan kepadanya, tetapi Min-Hee mengembangkan sisi yang bijak dan memberontak.
Gil-Yeo (Cha Seung Won) adalah seorang tokoh dalam industri muzik. Dia merupakan salah seorang komposer lagu terhebat pada zamannya dan semua penyanyi yang bekerjasama dengannya telah mencapai kejayaan.
Yang-Ja (Lee Ha Nee) ialah ibu Min-Hee. Dia masih bermimpi untuk menjadi seorang penyanyi, meskipun dalam keadaan yang sukar.
PROFIL DRAMA SHOW BUSINESS~~
Drama ini bakal ditayangkan pada pertengahan tahun 2026 dan ditayangkan di saluran Netflix dengan jumlah keseluruhan episod 22.
Turut sama membintangi drama ini adalah AOA Seolhyun , Cha Seung Won , Lee Ha Nee dan banyak lagi.
Drama ini bertemakan bussiness, kehidupan dan drama , so korang jangan lupa taw tengok masa tayangan perdana nanti.
Post a Comment