Sinopsis My Royal Nemesis Lakonan Lim Ji Yeon dan Heo Nam Jun. Drama terbaru dari pelakon popular Lim Ji Yeon adalah bersama pelakon kacam Heo Nam Joon dalam My Royal Nemesis.

Sinopsis My Royal Nemesis Lakonan Lim Ji Yeon dan Heo Nam Jun


Drama ini adalah drama terbaru dari Lim Ji Yeon untuk 2026 manakala drama kedua bagi Heo Nam Jun setelah beliau membuat cameo di dalam drama Perfect Crown.

My Royal Nemesis adalah drama yang bertemakan romantik komedi yang mula ditayangkan pada 8 May di saluran Netflix.

Drama ini mempunyai keseluruhan 14 episod dan ditayangkan pada setiap hari Jumaat dan Sabtu dengan setiap episod masanya adalah 1 jam 10 minit.

SINOPSIS MY ROYAL NEMESIS (2026)~~

Mengisahkan mengenai Kang Dan Sim (Lim Ji Yeon) yang dikenali sebagai femme fatale paling jahat di Joseon dan dia diberi racun oleh undang-undang. 

Apabila dia terjaga, dia mendapati dirinya berada di tahun 2026 dan berada di dalam badan Shin Seo-Ri, yang bekerja sebagai pelakon wanita yang tidak dikenali.

Cha Se-Gye (Heo Nam-Jun) pula adalah satu-satunya pewaris Chail Group, yang merupakan salah satu syarikat terkemuka di Korea Selatan. 

Dia terkenal dengan kelakuannya yang sombong dan biadab. Pada suatu hari, dia berhadapan dengan Shin Seo-Ri. Dia berpakaian seperti bomoh dan bertindak seperti dia dari era Joseon.

Post a Comment

Previous Post Next Post