Sinopsis Teach You A Lesson Lakonan Kim Mu Yeol dan Jin Ki Joo. Drama Korea yang menjadi sebutan dan viral untuk 2026 adalah drama Teach You A Lesson sebuah drama Netflix yang terbaru yang mempamerkan kes yang sedang popular di seluruh dunia iaitu kes buli.
Drama Teach You A Lesson adalah sebuah drama yang mengetengahkan kes buli yang berlaku banyak di sekolah - sekolah seluruh dunia dan balasan yang diterima pembuli di sekolah.
Tunggak utama drama ini Kim Mu Yeol kini menjadi sebutan setelah beliau berjaya membawa watak Na Hwa Jin dengan begitu baik sekali, jom baca jalan cerita drama ini.
SINOPSIS TEACH YOU A LESSON (2026)~~
Mengisahkan tentang guru-guru sekolah menghadapi kesukaran untuk mendisiplinkan pelajar dan mereka sering tidak mempunyai kemahuan untuk berbuat demikian.
Kuasa guru di dalam bilik darjah merosot dan ini menyebabkan isu sosial yang serius maka Dewan Undangan Negeri dan Menteri Pendidikan meluluskan Pindaan kepada Akta Perlindungan Hak Guru.
Dengan kelulusan undang-undang itu, sebuah organisasi kerajaan baharu, Biro Perlindungan Hak Pendidikan, dibentuk.
Na Hwa-Jin (Kim Moo-Yul) merupakan ahli Biro Perlindungan Hak Pendidikan. Dia dihantar ke sekolah bermasalah sebagai penyelia. Di sana, dia boleh mendidik pelajar tanpa sebarang sekatan atau batasan.
Beliau turut dibantu oleh Im Han Rim (Jin Ki Joo) dan Bong Geun Dae (Pyo Ji Hoon) dalam menangani pembuli-pembuli ini.
PROFIL DRAMA TEACH YOU A LESSON ~
Drama Teach You A Lesson mempunyai 10 episod keseluruhan dan mula ditayangkan pada 5 June 2026 di saluran popular Netflix.
Salah satu menjadi penyebab drama ini popular adalah di dalam setiap episod menunjukkan pembalasan yang dikenakan kepada pembuli dengan cukup setimpal dan ia memberi kepuasan kepada penonton.
Watak Na Hwa Jin yang dibawa Kim Moo Yul menjadi sebutan ramai orang kerana ia karakter seorang pegawai yang berkaliber dan sikap beliau membantu mangsa buli menjadi tarikan penonton.
Korang jangan lupa tengok drama ini sehingga habis okay dan yang mana dah tengok boleh komen dekat bawah mengenai pandangan korang tentang drama ini.
Post a Comment