Sinopsis The Scandal Lakonan Son Ye Jin, Ji Chang Wook dan Nana. Drama sejarah Korea terbaru 2026, gandingan pelakon-pelakon popular Son Ye Jin , Nana dan Ji Chang Wook bertajuk The Scandal.

The Scandal adalah drama yang ditayangkan di saluran popular Netflix dengan jumlah keseluruhan 8 episod dan mula ditayangkan pada 18 September 2026.
SINOPSIS THE SCANDAL (2026)~~
Mengisahkan pada zaman Joseon, Lady Cho (Son Ye Jin) yang merupakan seorang wanita yang menawan dan berbakat, namun beliau tidak berdaya melakukan apa-apa akibat kekangan yang dikenakan terhadap wanita.
Beliau berasa kesal dengan sekatan yang diletakkan oleh masyarakat ke atas dirinya. Beliau kemudian mencadangkan satu permainan godaan kepada peminatnya, Cho Won (Ji Chang-Wook).
Cho Won adalah seorang lelaki menarik yang tidak percaya pada cinta dan hanya gemar menjalinkan hubungan santai. Demi memenangi hati Lady Cho, beliau menerima cabaran tersebut dan berusaha sedaya upaya untuk menang.
An Hui-Yeon (Nana) pula adalah seorang balu yang berikrar untuk menjaga kesucian diri selepas kematian suaminya.
Cho Won cuba mendekatinya, namun wanita itu berusaha untuk menjauhkan diri. Dilanda konflik perasaan, keteguhan hati Hee-Yeon mula goyah akibat kehadiran Cho Won.
Post a Comment