DRAMA KOREA 2021. Untuk segmen "Drama Korea 2021" ini akan kongsi mengenai drama yang tengah hangat sekarang iaitu Hometown Cha-Cha-Cha. Drama terhangat ini merupakan drama lakonan Shin Min Ah dan Kim Seon Ho sebagai teraju utama drama ini. Drama ini telah selesai ditayangkan, tapi masih ramai yang bercerita mengenai drama ini. Ditayangkan hampir sama dengan drama squid game, menjadi cabaran utama drama hometown cha-cha cha. 



Katanya walaupun squid game dapat number satu dalam senarai drama terbaik, Hometown cha cha cha ini masih memasuki top 10 sebagai drama yang terbaik dan berbaloi untuk ditonton.

Gandingan kedua-dua tunggak utama ini dikatakan sama padan dan sangat ditunggu-tunggu peminat ditambah pula ini merupakan drama pertama Shin Min Ah selepas berehat beberapa tahun.

Untuk yang masih tak tengok drama ini , korang masih boleh layan drama ini sebab drama ini masih belum habis so masih boleh catch up.

Una akan review sedikit drama ini pada bahagian bawah entry, korang boleh baca dekat bawah selepas baca sinopsis drama ini.

SINOPSIS HOMETOWN CHA-CHA-CHA

Mengisahkan seorang doktor gigi Yoon Hye Jin (Shin Min Ah ). Bermula dengan kerjaya di bandar Seoul yang penuh dengan bergaya namun disebabkan sesuatu terjadi beliau telah berhenti kerja dan mencari kerja di klinik dan hospital lain. 

Pada hari jadi arwah ibunya beliau telah ke suatu kampung yang bernama Gongjin dimana tempat terakhir dia dan ibunya bergembira. 

Di sana beliau berjumpa dengan seorang lelaki Hong Du Sik (Kim Seon Ho), seorang yang multi talented di mana semua kerja di kampung itu beliau lakukan. Ini menyebabkan Hye Jin tertarik dengannya.

 Hye Jin juga membuka klininya sendiri di kampung itu dan sering bertemu Du Sik yang banyak membantunya dalam berkenalan dengan penduduk kampung di sana. 

Ketika baru ingin mengenali si jejaka , hadir pula crush lama Hye Jin yang datang untuk melakukan pengambaran di kampung itu . Pelbagai kisah terjadi antara mereka bertiga. Jangan lupa layan taw !.

UPDATE SINOPSIS DRAMA HOMETOWN CHA CHA CHA


Hometown Cha-Cha-Cha merupakan sebuah kisah cinta berlatarkan perkampungan tepi laut Gongjin. Yoon Hye Jin, seorang doktor gigi yang cantik dan memiliki kepandaian yang luar biasa.  

Dia mempunyai kehidupan yang sihat dan kelihatan yang sempurna tetapi mendapati rancangan hidupnya merudum kerana sedikit kesukaran di dalam hatinya. 

Selepas pelbagai halangan, dia berpindah ke bandar pantai Gongjin dan bertemu Hong Doo Shik. Dia mula berminat dengannya. 

Hong Doo Shik dipanggil Ketua Hong oleh penduduk tempatan. Secara rasminya, dia menganggur tetapi merupakan pakar dalam segala bidang dan mahir dalam pekerjaan ganjil. 

Ketua Hong membantu semua orang di Gongjin dengan sebarang situasi yang dihadapi.

Watak-watak dalam Drama Hometown Cha cha cha.


Drama ini diarahkan oleh Yoo Je Won dan skripnya di tulis oleh Shin Ha Eun tau.  Dalam drama ini, kita dapat lihat ramai pelakon hebat yang memeriahkan jalan cerita drama ini.

Pelakon utamanya iaitu Shin Min Ah yang membawa watak sebagai Yoon Hye Jin yang merupakan seorang doktor gigi. Pelakon bermasalah kim seon ho pula membawa watak sebagai Hong Doo Shik.

Manakala pelakon seterusnya adalah Lee Sang Yi yang membawa watak sebagai Ji SUng Hyun.

Drama ini turut di kuatkan dengan pelakon pembantu yang hebat. Antaranya adalah In Gyo Jin. Dalam drama ni, dia melakonkan watak sebagai Jang Yeong Guk iaitu seorang Ketua Bandar.

Lee Bong Ryun pula membawa watak sebagai Yeo Hwa Jeong iaitu pemilik bangunan.

Pelakon Jo Han Chul pula membawa watak sebagai Oh Chun Jae dan Oh Yoon. Satu watak sebagai pemilik Live Cafe dan satu lagi Pemilik PUB.

Kita juga ada pelakon seperti Kang Hyung Suk sebagai Choi Eun Chul iaitu seorang polis.

Lee Suk Hyeong pula membawa watak sebagai Kang Do Ha iaitu penolong pengarah.  Akhir sekali, Kim Young Ok sebagi Kim Gam Ri iaitu seorang supervisor.

Patutlah jalan cerita drama ni menarik sebab semua pelakon utama dan pembantu sangat berpengalaman dan juga telah melakonkan banyak drama.

Kalau tengok drama ni memang akan rasa smooth jer lakonan diorang tau.

REVIEW UNA MENGENAI DRAMA INI

REVIEW - Drama ini sangat santai kalau korang nak taw, tempat lakonan drama ini pula sangat-sangat cantik so kalau korang tengok mesti korang rasa healing. Tengok pantai dalam drama ini sangat cantik and buat korang rasa nak pi pantai kat Malaysia.

Ini pula review dari netizen mengenai drama ini. 

Sebagai contoh, pemilik nama foxyjo mengatakan " saya tahu kita di sini untuk menonton "pasangan lesung pipit" Shin Min Ah dan Kim Seon Ho (sekurang-kurangnya saya) jadi saya akan melangkau pengenalan. 

Saya tidak melihat karya asal jadi saya tidak akan menyebut sebarang perbandingan dengannya. plot itu kelihatan seperti sesuatu yang baru kepada saya dan treler memberikan suasana segar jadi saya tidak teragak-agak untuk memulakan (saya juga tidak menyesal). 

Saya akan membincangkan beberapa aspek dalam drama yang saya sukai supaya anda boleh mengaitkannya atau mempertimbangkan untuk menonton :)

Foxyjo memberi rating 10/10 untuk drama ini. 

Kemudian Allese memberi rating 7/10 untuk drama ini dengan komen " Ia tidak buruk, ia adalah siri yang bagus untuk ditonton untuk meluangkan masa anda tetapi ulasan yang dibuat seolah-olah ia adalah karya agung. 

Satu-satunya aspek unik yang ditawarkan oleh siri ini ialah kisah watak-watak sekunder. Bagaimanapun, dalam fesyen kdrama klasik, mereka memutuskan untuk menumpukan perhatian kepada percintaan watak utama berbanding mereka.

Itu tidak akan menjadi isu, jika jalan cerita utamanya kuat atau jika mereka berjaya bermain dengan lancar dalam cerita utama tetapi saya dapati cerita mereka paling kurang menarik, satu-satunya bahagian menarik protagonis lelaki utama hampir ditepis dan diselesaikan. 

entah ke mana jadi rasanya boleh diramal dan tergesa-gesa. Sebaliknya penerbit memutuskan untuk menjejalkan banyak klise yang terlalu banyak digunakan yang tidak menawarkan apa-apa kepada cerita. 

Iklan pizza Domino's 3-4 minit secara terang-terangan di pertengahan episod terakhir adalah menggangu perjalan drama di atas... anda tahu pada ketika itu pencipta tidak begitu kisah untuk membuat cerita yang bagus. Mengecewakan, kerana ia mungkin lebih banyak lagi.

Kedua-dua pelakon utama adalah hebat (dan cantik), lakonan yang hebat tetapi chemistry tidak sepenuhnya ada.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kisah penduduk kampung adalah luar biasa, mereka menangani banyak isu yang berbeza dan ia membuatkan saya teringin untuk menonton dengan lebih banyak lagi.

Akhir Kata dari Una.

Korang yang nak tengok drama ni yang ada translate boleh tengok dekat sini >>> Hometown Cha-Cha-Cha

Korang yang dah layan drama ni boleh la komen dekat bawah bagaimana pandangan korang mengenai drama ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post