DRAMA ONE THE WOMAN. Drama Korea yang tengah hit pada masa kini selain drama Hometown Cha-Cha adalah drama "One The Woman". Drama yang sedang bersiaran dan dilakonkan oleh dua watak utama yang cantik dan handsome dan tinggi iaitu Lee Ha Nee dan Lee Sang Yoon.Di dalam drama ini Lee Ha Nee mempunyai dua watak dan dua-dua berhubung kait , nak taw jalan cerita dia macam mana? jom baca sinopsis kat bawah.

Sebelum aku kongskan drama police university! best tau cerita tu. Rugi kalau korang tak layan sekali drama tu..Level-level viral tau!

Sinopsis Drama One The Woman 2021


SINOPSIS ONE THE WOMAN~

Jo Yeon Joo ( Lee Ha Nee) merupaka seorang pendakwaraya. Disebabkan suatu kes dia telah hilang ingatan dan dia hidup sebagai menantu dari keluarga kaya iaitu Kang Mi Na (Lee Ha-Nee). Kang Mi Na mempunyai rupa yang sangat mirip dengan Jo Yeon Joo.

Han Seung-Wook ( Lee Sang Yoon) pula merupakan seorang yang datang dari keluarga kaya raya. Dia tidak pernah bercinta dan masih tidak berjumpa lagi cinta pandang pertama. 

Suatu kerjadian yang membuatkan Han Seung Wook terlibat sama dengan Jo Yeon Joo yang hilang ingatan itu . Pelbagai perkara terjadi pada mereka.

Kemaskini Sinopsis Drama One The Woman.

Yeon Joo ialah seorang pendakwa raya elit yang bermula dari bawah. Walaupun dikenali sebagai yang terbaik dalam penyiasatan rasuah untuk Pejabat Pendakwa Raya, dia mengalami amnesia selepas kemalangan kereta ketika mengejar suspek. 

Semasa dia bangun, dia mendapati dirinya adalah Kang Mi Na, menantu kumpulan orang bangsawan Hanju. Sebelum kehilangannya, Mi Na adalah seorang pengacau yang dilahirkan di luar nikah. Kini duduk dalam posisinya, Yeon Joo tidak dapat menyembunyikan sifat kasar dan lantangnya. 

Dia kemudian bertemu dengan Seung Wook, seorang konglomerat yang menjadi cinta pertama Mi Na.  Seung wook datang untuk mendedahkan kebenaran kematian bapanya. Adakah Yeon Joo dan Mi Na dapat mendapatkan semula kenangan mereka yang hilang dalam misteri ini dan berjaya dalam cinta sejati?

PROFIL DRAMA :-

DRAMA : One The Woman

TULISAN KOREA : 원 더 우먼

Hanya memiliki 16 episod, drama ini di arahkan oleh pengarah terkenal iaitu choi hyeong Hun dan skripnya ditulis oleh penulis berbakat iaitu Kim Yoon.

Drama one the woman di tayangkan pada setiap hari Jumaat dan hari Sabtu pada jam 10:00-11:10pm, waktu korea selatan.

Drama ditayangkan sepanjang dari tarikh 17 SEPT 2021 hingga  6 NOV 2021 yang lalu.

Pelakon dan Watak Dalam Drama One The Woman.


Drama ini di arahkan oleh Choi Young Hoon dan skripnya di tulis oleh Kim Yoon.

Ada ramai pelakon hebat dalam drama ini antaranya adalah Lee Ha Nee yang membawa watak sebagai Cho Yeon Joo dan Kang Mi Na.Ha Nee membawa watak utama dalam drama ini. 

Lee HaNee sentiasa berbaloi untuk ditonton. Dia bijak, kelakar dan mencipta watak yang menarik. Drama itu sendiri bukanlah sesuatu yang istimewa, tetapi ia adalah perkara yang menyenangkan untuk ditonton. Persembahan yang bagus. 

Pelakonnya sangat hebat dan sangat beruntung dapat tonton drama ini. Terdapat satu atau dua kelainan yang saya tidak nampak akan datang. Samseng itu sangat lawak dan tidak seperti yang sepatutnya tukang masak samseng.

Saya menikmatinya, mungkin anda juga akan.

Kemudian kita ada pelakon Lee Sang Yoon yang membawa watak sebagai Han Seung Wook dan Pelakon Lee Won Keun pula sebagai Ahn Yoo Jun.

Mereka disertai pelakon berpengalaman seperti Jin Seo Yun yang membawa watak sebagai Han Seong Hye.

Bagi watak pelakon pembantu pula mereka yang turut sama berlakon dalam drama ini adalah Song Won Seok yang melakonkan watak sebagai Han Seong Woon . Dia merupakan Anak kedua kepada pemilik Han Ju Groups.

Pelakon Jeon Gook Hwan pula membawa watak sebagai Han Young Sik sebagai pengerusi Hanju Group.

Dalam drama ini juga, kita dapat saksikan pelakon Na Young Hee yang membawa watak sebagai Seo Young Won. Dia merupakan emak kepada Mi Na.

Untuk watak anak bongsu Hanju Group pula dilakonkan oleh Song Seung Ha. Dalam cerita ini dia menggunakan nama Han Seoung Mi.

Selain itu kita ada pelakon Jo Yun Hee sebagai Heo Jae Hee. Dia merupakan anak sulung kepada Hanju Groups.

Kita dapat tengok aksi pelakon cilik Shin Seo Woo sebagai Han Seon Woo. Dia ni merupakan anak kepada Jae Hee.


MEDIA SOSIAL (PELAKON UTAMA)

Aku selalu tengok update pelakon-pelakon utama drama di instagram. Ramai follower diorang tau. Jom follow instagram diorang di bawah.

Lee Ha Nee - @Honey_lee

Lee Sang Yoon - @lsy_810815


INFO MAKLUMAT DRAMA ON THE WOMAN


Untuk info drama ini telah pon bersiaran dan masih lagi bersiaran so korang yang belum tengok masih dan lagi nak catch up drama ni.

REVIEW Drama 

Pertama sekali saya nak cakap yang genre macam ni, makjang ditambah dengan lawak mungkin bukan jenis saya. 

Tetapi selepas menonton berterusan, drama ni benar-benar menjadi pilihan yang tepat untuk saya, kerana saya boleh bayangkan betapa bosannya saya jika saya tak menonton drama menarik ini.

 Sejujurnya ia bermula dengan agak baik kerana pada awalnya saya nak tahu apa yang berlaku seterusnya kerana ada banyak misteri yang harus diselesaikan.

Drama ni sangat best sebab kelakar dan tak heavy jalan cerita so korang kena tengok sebab dijamin tak bosan.

Di korea , drama One The Woman ini mendapat rating yang tinggi so sangat dijamin drama ni best dan lain dari yang lain.

Korang yang mana tengah cari mana nak download atau view drama ni boleh tekan sini 

Secara keseluruhannya ramai yang memberi rating sebanyak 7/10 untuk drama ini. Pelakon dan plot yang menakjubkan dengan banyak adegan lucu. 

Plot itu mempunyai sedikit kelemahan. Peguam No Hak Tae dan Ryu Seong Dyuk pernah melihat Kim Mina dan Cho Yeon Ju sebelum ini tetapi mereka gagal menyedari bahawa mereka kelihatan sangat serupa. 

Pelakon nampaknya mempunyai kerja berpasukan dan kimia yang sangat baik. Satu-satunya isu mengenai lakonan ialah Lee Hwa Kyum tidak berjaya kelihatan seperti Kang Mina yang dilakonkan oleh Lee Na Hee. 

Hanya pada episod terakhir dia mula kelihatan seperti Kang Mina. Mereka harus menggunakan suara untuk Lee Hwa Kyum kerana bunyinya sangat berbeza dan binaan Lee Hwa Kyum nampaknya lebih kecil daripada Lee Na Hee. 

Sepatutnya memilih pasangan yang mempunyai ketinggian yang sama untuk memainkan Kang Min Ah.

Akhir Kata Dari Una

Drama yang dilakonkan oleh Lee Ha Nee hampir kesemuanya ada komedi-komedi so korang kena tengok sebab memang menjadi lawak dia.

Lee Sang Yoon ni banyak berlakon melo tapi dalam drama ni korang boleh tengok watak dia lain sikit tapi handsome dia tetap sama hee.

So Korang jangan lupa support drama ini ok , gandingan duo yang mantap tambah watak pembantu yang cukup hebat juga.

Selamat menonton "One The Woman".

Post a Comment

Previous Post Next Post