SINOPSIS & REVIEW DRAMA. Drama Korea yang ditayangkan pada tahun 2021 iaitu Police University antara salah satu drama yang sangat best untuk tahun ini. Drama yang dilakonkan oleh F(X) Krystal , Cha Tae Hyun dan B1A4 Jinyoung sebagai tunggak utama bagi Police University 2021. Ini merupakan gandingan pertama kali buat ketiga-tiga mereka, Krystal kita sedia tahu lakonan beliau banyak improvement setiap drama dia berlakon dan Jinyoung juga lakonan beliau mantap.

Dalam drama ini korang boleh tengok ketiga-tiga mereka bawa watak masing-masing dengan begitu menjadi , sebelum korang tengok jom baca sinopsis drama ini.


Sinopsis dan Review Drama Police University 2021


Police University ini adalah yang terbaik di kalangan semua. Ia bukan drama ngeri berat  Ia mempunyai banyak keseronokan, misteri, ketegangan yang sempurna untuk meletupkan fikiran anda.
 
Ia juga meliputi percintaan sihat yang comel di antara kedua-dua watak utama untuk membuat hati anda berdebar-debar. Selain itu, drama ini menekankan persahabatan yang kuat dan hubungan yang mesra antara guru & pelajar mereka. 

Ini antara sebab kenapa anda perlu tonton drama ini.


SINOPSIS POLICE UNIVERSITY ~~

Mengisahkan tentang Yoo Dong-Man (Cha Tae-Hyun) yang merupakan seorang bekas detective yang bekerja di pelbagai jabatan termasuk jenayah kekesaran dan jenayah siber. Sekarang beliau bekerja sebagai profesor di university polis. Antara pelajar yang beliau mengajar di university polis adalah Oh Kang Hee (Krystal) dan Kang Sun Ho (Jinyoung). Kedua-dua pelajar ini sangat unik dan mempunyai sesuatu , Kang Hee seorang jujur dan benar manakala Sun Ho seorang hackers dan seorang yang bijak.

Sesuatu telah terjadi dan menyebabkan mereka bertiga bergabung dalam menyelesaikan misi yang telah berlaku di univesity mereka. 

Sinopsis Keseluruhan Drama Police University.

Hacker adalah pilihan yang Kang Sun Ho ada sejak ibu bapanya meninggal dunia akibat kemalangan ketika dia baru berusia sepuluh tahun. Dia akhirnya mempraktikkan kemahiran hackers geniusnya dalam percubaan untuk mencuri dana perjudian haram untuk membayar pembedahan kanser bapa angkatnya.

Pada suatu hari, Sun Ho terserempak dengan seorang gadis judo berkarisma, Oh Kang Hee, dan jatuh cinta pada pandangan pertama. 

Hanya untuk bersamanya, dia menetapkan matlamat untuk mendapatkan surat penerimaan daripada universiti yang sama dengan Kang Hee dan akhirnya diterima. 

Bagaimanapun, dia tidak menjangkakan wajah yang dikenalinya selepas tertangkap dari kesalahannya sebelum ini. Lelaki tersebut adalah Yoo Dong Man. Dia seorang polis dan menyiasat tentang penyelewengan wang atas talian. 

Sebelum ini Dong Man menangkap Sun Ho kerana dia didapati bersalah mencuri wang atas talian. Tapi dia di bebaskan selepas, Dong Man tahu sebab dia melakukan perkara tersebut.

Dong Man cakap " aku tak mau nampak muka kau dah selepas ni!" .

Tapi ia berlaku sebaliknya apabila Sun Ho mendaftarkan diri untuk menyertai akademi polis dan di sana dia kembali bertemu dengan Dong Man. Apa lagi mengamuklah si dong man tu. Dia terus nak gagalkan Sun Ho.

Namun sun ho merayu agar dia dilepaskan kali ini untuk memastikan cita-citanya tercapai. Kali ini Dongman merupakan profesornya. 

Lama kelamaan, Dong Man sedar yang Sun Ho ada kelebihan tersendiri dan dia cuba membantu Sun Ho agar menjadi ketua yang baik dan seterusnya menjadi seorang polis yang baik.

Akibat terlalu rapat dengan Dong Man, Sun Ho dan Kang Hee serta Boem Tae dan Joon Wook mereka terperangkap dalam permainan orang atas wang atas talian. Sehinggakan hampir meragut nyawa mereka.

Tetapi dihujung cerita ini, mereka berjaya menangkap orang tersebut yang juga merupaka orang dalaman di dalam badan kepolisan sendiri.

Drama ini sebenarnya happy ending. Akhir sekali Sun Ho berjaya memikat hati Kang Hee. Walaupun Sun Ho di gugurkan di Akademi tersebut, tetapi dia nekad untuk menyertai akademi tersebut pada tahun berikutnya.

Dia tidak berjaya graduate bersama-sama dengan rakan-rakannya namun, hanya masa yang menentukan. Dia bergraduasi pada tahun berikut.nya.

INFO MAKLUMAT DRAMA POLICE UNIVERSITY


Untuk info korang , drama ini baru sahaja habis tayangan pada bulan lepas jadi korang boleh lah layan drama ini sampai habis tanpa tunggu next episod.

Sapa yang tengah cari kat mana nak download dan tengok drama ini yang ada subtitle boleh tengok dekat sini >>> POLICE UNIVERSITY SUBS

REVIEW DRAMA > Bagi Una , drama ini best dan kelakar , kalau korang taw sebab ape kenalah tengok pastu watak Kang Hee (Krystal) dan Kang Sun Ho (Jinyoung) memang sweet abis. 

Drama ini juga kita boleh tengok keharmonian antara profesor dengan anak didik dia, boleh nampak macam mna depa bertindak dalam sesuatu situasi. Una bagi 4 star dari 5 untuk drama ini.


WATAK DAN PELAKON DRAMA POLICE UNIVESITY

Antara watak utama dalam cerita ini adalah Cha Tae Hyun yang membawa watak sebagai Yoo Dong Man.seorang polis dan juga penysarah di Police University. Dia harus memilih kerjayanya sama ada menjadi penyiasat ataupun menjadi pensyarah. Tapi dia pilih nak jadi dua-dua.

Seterusnya, pelakon Jung Jin Young yang membawa watak sebagai Kang Sun Ho. 

Wataknya seorang lelaki yang baik tetapi tersalah langkah kerana ingin menyelamatkan bapa angkatnya yang menghidap penyakit kanser. Dia mencuri duit dari laman online. 

Pelakon seterusnya adalah Krystal! dia membawa watak sebagai Oh Kang Hee. Merupakan salah seorang anak perempuan kepada mangsa perjudian online. Mak nya tidak terlibat tetapi mengaku terlibat kerana bimbang anaknya jadi mangsa. Kang Hee bayak membantu Sun Ho dan Dong Man menangkap penjenayah sebenar.

Selain itu kita juga ada pelakon Lee Jong Hyuk sebagai professor Kwon Hyeok Pil yang menjadi professor undang-undang.

Kita juga ada pelakon Hong Soo Hyun sebagai professor Choi Hee Soo. Dia suka dekat Dong Man tetapi kawin dengan Hyeok Pil. hahaha Hee Soo ni seorang professor Judo di Polic University.

Selain itu, kita ada pelakon Seo Ye Hwa sebagai Baek Hee (Bahagian Pelajar) yang sangat garang dan tegas terhadap anak murid dan pelajar di police university.

Lee Dal pula membawa watak No Beom Tae kawan Sun Ho dan juga roommatenya dan kita ada pelakon Yoo Young Jae sebagai  Jo Joon Wook yang merupakan kawan Sun Ho & Beom Tae.

Akhir Kata Dari Una.

Drama ini dah habis tayangan semua episod. Jadi kalau yang belum tengok lagi tu boleh lah cari dekat internet untuk tonton secara online. Una boleh bagitau yang drama ini tak berat dan tak serius sangat.

Banyak adegan lawak dan komedi di tambah juga dengan elemen percintaan yang membuatkan ramai penonton suka dan minat. Kalaukorang nak  tengok krystal bercinta dengan  Jin Young, korang kenalah tengok drama ini sampai habis.

Bagi korang yang mana dah layan drama ni boleh lah share pandangan korang mengenai drama ini dan macam mana korang rasa lakonan kesemua pelakon.

Okay ye semua , jangan lupa share mengenai cerita ini dekat kawan .

Selamat Menonton!


Post a Comment

Previous Post Next Post